Thursday 2 February 2012

Berikan Aku Ketabahan


Aku lahir di atas dunia ini dengan izinMu
Lahirku di saat Rasul dan para sahabat telah tiada
Para tabi’ dan tabi’in juga telah meninggalkanku
Zamanku ini..
Adalah zaman pemerintahan Islam yang tidak lagi berkuasa
Disitulah aku terbit
Aku terbit di tengah-tengah masyarakat Islam
Yang ramainya tidak terkata..

Namun,  Islam tiada lagi dalam hati dan hidup manusia
Betullah kata Nabi, manusia akhir zaman ibarat buih-buih di lautan.......
Bilangannya tiada sempadan,
Namun hatinya penuh dengan  WAHAN...
Namun aku bersyukur kerana masih ada lagi yang mahu melihat Islam kembali  bersinar
Aku kuatkankan azam untuk menyertai mereka!!!
Cuba sedaya upaya menggerakkan generasiku yang telah lumpuh ini
Generasi seusiaku yang sakit
Lalai dengan hiburan dan  asyik memuaskan nafsu
Sibuk dengan cinta manusia yang penuh noda

Aku takut aku lemah...
Lemah untuk membimbing mereka
Kerana aku juga tidak sempurna
Tidak terkira khilaf yang mengotori jiwa

Namun aku sedar bahawa tugas besar ini adalah wajib
Dan tidak memerlukan insan sempurna
Kerana tiada manusia yang terlepas dari dosa
Dan tugasku hanyalah berusaha

Gagal... Jatuh... Dicela... Tidak diterima...
Itu semua perkara biasa
Aku terus berdoa agar aku ditetapkan hati
Bukan nilaian harta yang aku cari
Bukan juga kerana nama ingin dikenal sebagai insan yang suci
Cukuplah redha dan rahmatMu sebagai penyelamat diri....

Bantulah hambaMu ini
Sedarkan semula enerasiku Ya Rabb
Bangunkan kembali ummat ini
Aku YAKIN ISLAM PASTI KEMBALI
Dan aku tidak akan berhenti..
Dengan izinMu Ya Rahim.....



“ Katakanlah inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kepada Allah dengan yakin, Maha suci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik”     
Yusuf : 108

2 comments: