Saturday 21 January 2012

Duk Kat Dunia Sendiri Boleh tak??

Bismillahirrohmanirrohim...


Assalamualaikum...
hari nie nak mulakan post dengan pantun, boleh? :)

Makan roti dengan tuna,
dihidang dengan sotong kurita,
Diri ini bukanlah sempurna,
Cuma tugas Khalifah tak mau dipandang sebelah mata...


Hmm... Tak tahu lah kenapa hari nie nak mulakan post dengan serangkap pantun... (Walaupun tersangatlah tak sedap). Saja nak buat kelainan... Analoginya....Kalau diri kita  ini hari-hari dikelilingi dengan bunga mawar merah, mungkin tahap sukanya kita terhadap bunga mawar merah itu akan berkurang atau terus bertukar menjadi jemu walaupun pada asalnya, kita sangat suka akannya... Mungkin pada saat tu, kita akan berkata, "kalaulah dikeliling aku ni ada bunga tulip, bunga lily, bunga lavender... Mesti lagi cantik. Warna-warni! Tak lah merah jer..!! Tapi, lainlah kalau kita dah betul-betul dah obses dengan bunga tu... Tak kiralah selama mana kita bersamanya, selayu manakah ia, atau semahal manapun.. kita tetap akan terus sukakannya..


   Macam tulah aku cuba aplikasikannya dalam proses mendidik hati.. Ingin mengikis karat-karat jahiliyah yang ada dalam diri ini yang  sudah sekian lamanya menutupi hidayah-hidayahNya untuk menerangi hati ini dan menunjukkan jalan yang sebenarnya untuk aku lalui dalam perjalanan yang menentukan bagaimanakah berakhirnya destinasi ku yang terakhir nanti.. Aku cuba dengan pelbagai cara supaya aku tidak letih, jemu dan terhenti dipertengahan jalan. Ya, ianya bukanlah sesuatu yang senang. Jalan ini penuh dengan duri, tohmahan, cacian, prasangka dan sebagainya.. Ianya memerlukan banyak pengorbanan dari hati yang menagih cinta Ilahi..
  

     Namun, rakan-rakan yang tersayang kena ingat, tohmahan, cacian itu semualah yang akan lebih menguatkan hati dan apabila cinta itu sudah diperoleh, barulah terasa kemanisannya..Kerana, hati manusia tu sangat kompleks. Bukan boleh ianya dibentuk dengan sekelip mata. Dengan hanya satu petikan jari. Atau dengan satu hayunan tongkat sakti nenek kebayan. Tetapi, jika kita telah obses dengan cinta Ilahi, kita tidak akan sesekali mengeluh meniti jalan yang berduri ini lagi.. Tetapi sebaliknya, kita akan mencari-cari dimanakah duri-duri itu kerana duri-duri itulah yang akan menjadi peringatan buat diri kita supaya hati tidak terus lalai dan takbur dengan nikmat hidayah yang telah dikuniakan..

HaNya DeNgAn KePayaHan KiTa aKan
DaPat MeRasAi KEmaNiSAn IMAN..

Cinta Allah itu tidak ternilai. Manisnya bukan hanya terasa di dunia. Tetapi hingga ke syurga.  Oleh itu, sangat berbaloilah jika kita yang berstatus hanya sebagai hambaNya bekerja lebih sedikit untuk mendapatkan cinta Pencipta kita, kan?


Alamak, panjang pulak mukadimah kali nie kan? Ok..Ok.. kite start sekarang...


   Hmmm.... Kenapa kita takut nak jadi baik eh? Kebanyakkan kita fikir, orang yang difikirkan baik jer boleh menasihati seseorang. Dialog yang selalu terpacul dimulut mereka adalah, "Ah, aku tak layak lah nak nasihat orang.. Aku ni pun bukannya baik sangat!" Ataupun, "Diri sendiri pun tak betul, nak nasihat orang".

Hmm... Manusia ini diciptakan oleh Allah sebagai khalifah selain daripada beribadah kepadanya.. Kita juga dituntut untuk saling mengingati antara satu sama lain. Perkataan saling disini pun sudah cukup jelas untuk kita. Saling tu kan bermaksud antara dua pihak. Oleh itu, tak kiralah macam mana pun orang tu, baik ke, kurang baik ke... Asalkan dia tu manusia, dia tak akan lari dari tanggungjawab untuk saling mengingati sesama manusia.

  Janganlah kita label kan diri kita ini baik ataupun sebaliknya. Itu semua ditangan Allah.Tiada sesuatu pun yang dapat menghalang Allah dari memberi petunjuk kepada hambaNya... Tiada sesiapa pun yang dapat menjamin seseorang itu baik atau jahat selama-lamanya.

   Kalau kita tunggu orang yang betul-betul sempurna untuk mengingati sesama manusia,sampai bila-bila lah tak akan ada manusia yang akan menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah nie.. hmm.. Janganlah kita hidup di dunia kita sendiri. Hatta, sudah jelas dunia ini bukan milik kita.

    Kerana di akhirat kelak, kita akan dipersoalkan apa yang telah kita lakukan di dunia ini. Dan kita juga akan dituntut oleh orang disekeliling kita jika kita membiarkan mereka hanyut semasa di dunia.. Walaupun pada masa itu urusan kita dengan Allah sebagai ABID sudah lengkap, namun jika kita mengabaikan tanggungjawab sebagai khalifah ini, Wallahualam.. Apa agaknya yang akan berlaku pada kita disaat pintu taubat sudahpun tertutup buat diri kita ketika itu. Yang tinggal hanyalah penyesalan yang tiada gunanya lagi....

4 comments:

  1. la, ingatkan nak cerita pasal btn. hehe

    ReplyDelete
  2. BTN? x lah... dah jadi sejarah dah tu.. hehe.. % hari 4 mlm.... hmm, yg baik kite amik, yg sebaliknya kite jadikan sempadan..(eh, cam ayat penghuluwati la pulak) aeisyah, ingat points BIO exam nie... hehe

    ReplyDelete
  3. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

    Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.

    (29:2-3)

    Allah sememangnya akan menguji kita dahulu untuk mengetahui sejauh mana iman kita. Samalah seperti exam, nak test sejauh mana pemahaman kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. Allah dah bgtau kite terang2 dalam ayat2 cintaNya tuk kita mcm yg mcm saudara tulis kat atas tu.. Cuma manusia yg x mau ambil ianya sebagai petunjuk or manual hidup.. Peringatan tuk diri sendiri jugak..

      Delete