Hijaunya alam, kuharap hatiku setenangnya.
Burung-burung menari-nari dengan irama
siulannya.
Kuharap, hatiku menari girang bersamanya.
Subhanallah, hebatnya PersembahanMu Ya
Allah.
Tetapi, mengapa ia tidak seperti yang
kuharapkan?
Alam seperti tidak mahu menyambut
kehadiranku.
Ikan-ikan tampak riang walaupun ia terpaksa
melawan arus.
Tetapi aku? Hanyut.. Berenang mengikut arus
air mata ini.
***
Hampir kesemua kawan-kawanku akan
berhijrah, meneruskan perjalanan di atas Bumi milik Allah ini. Bagi meneruskan
amanat yang besar iaitu melanjutkan pengajian ke India, Indonesia, dan Czech
Republik tidak lama lagi. Begitu juga ke university-universiti tempatan di
Malaysia. Namun, aku tahu, masing-masing sedar bahawa kami ada misi dan amanat
yang lebih besar. Iaitu amanat daripada Allah, untuk menyuburkan bumi Allah ini
dengan menabur benih-benih Dakwah hingga tertegaknya panji ISLAM di atas muka
bumi ini.
***
Bagiku, akhawatku bukan sahaja teman, namun
mereka umpama ibu bapa yang sentiasa mengambil berat akan diriku dikala aku jauh
dengan keluarga. Di kala aku sakit, dikala aku hampir berputus asa. Yang
sentiasa mengejutkan aku setiap kali aku terlena dibuai mimpi hingga aku
kembali semula kepada Sang Pencipta.
Istimewanya hubungan ini. Hebatnya tali
Ukhuwah yang dihadiahkan olehMu duhai Allah. Engkau telah mempertemukan kami di
KTT atas dasar menuntut ilmu. Namun, pada sudut kaca mata hikmah, Engkau telah
mempertemukan kami atas dasar Iman dan Islam. Kami berkasih sayang keranaMU Ya
Allah. Semua ini kami rasakan dengan satu lagi pertemuan yang Engkau Takdirkan.
"USRAH"
Ya, Engkau Mentakdirkan kami untuk duduk di
dalam satu bulatan gembira yang besar. Yang sangat OSEM. Jika dahulu kami memanggil
dengan panggilan, “ Hye Fatin!”, Nmun kini sudah berubah menjadi, “ Hye ukht
Fatin,… akhawat, murabbi, mutarabbi, mad’u dan sebagainya. Sungguh, tiada apa
dengan panggilan tersebut, namun apabila kami menggunakannya, kami dapat
rasakan persaan istimewa dalam hati. Mungkin kerana itu adalah bahasa al-Quran.
***
Jika dahulu kami memujuk sahabat-sahabat kami
dengan keluar belanja minum, namun kini kami memujuk akhawat-akhawat kami
dengan AyAt-AyAt CiNtA dari Mu.
“Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang”
“Dan sekiranya kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah, Sungguh, Allah menyintai orang-orang yang bertawakal”
“dan janganlah kamu berasa lemah, dan jagan pula kamu bersedih hati, kerana kamu paling tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriman”“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti jujak langkah syaitan….”
Dan macam-macam ayat lagi yang kami petik
dari surat cintaMu.
Jika dahulu apabila berjauhan,kami selalu
bertanya, “Eh, kau dah tengok cite yang baru keluar wayang minggu lepas?” Namun
kini, kami bertanya, “ Apa khabar iman, sihat tak? Mutaba’ah amal complete?”
Jika dahulu kami, “eeii.. ni cawan aku
lah.. meh aku amikkan kau cawan yang lain,eh?” Namun kini, kami, “berapa dulang
nak hidang ni?” kami dah boleh berkongsi hampir segalanya dengan akhawat kami
seperti makan sedulang. Sampaikan kadang-kadang tu, “ Rindunya nak makan dalam
dulang. Tak best la makan dalam pinggan sorang-sorang..” Kerana kami tahu, itu
sunnah rasulMu.
Jika dahulu, “ hishh… junior ni, tak suka betullah. Nampak semacam je, kalau diorang tak ada kan bagus!” namun kini, “Assalamualaikum adik.. free tak weekend ni? Jom buat bulatan gembira kat luar? Kita pergi Taman Botani, kita rehlah sama-sama nak? Transport, makan semua jangan risau. Akak-akak akan uruskan, adik-adik just bawa jasad, hati, ruh dan terjemahan al-Quran bersama-sama dengan Hadith Arba’in yang cute tu k?” kini kami pantang nampak adik-adik, terus mulakan langkah tuk menyambungkan lagi tali tautan ukhuwah. Sambil-sambil menyelam, mencari mad’u baru.
Jika dahulu study, family, kawan-kawan dan
entertainment menjadi misi terbesar yang merupakan segala-galanya dalam hidup
kami. Namun kini, Islam adalah misi kami. Yang akan menggabungkan segala-gala
yang ingin kami kecapi dahulu. Selari dengan apa yang telah digariskan oleh
syariat.
Jika dahulu kami selalu berkasar dan
berkecil hati dengan kerenah semua orang. Namun kini, kami sudah pandai
berlapang dada, menerima kesalahan akhawat-akhawat kami, memaafkan dan
bermuhasabah diri.
Jika dahulu kami tidak mempunyai kebolehan
menyampaikan dan “bercakap”, namun kini kami berupaya bercerita kisah-kisah
nabi, share hadith-hadith rasulullah dan berkongsi ayat-ayat Allah yang
tersentuh dihati( macam kenal je ayat ni..(^_^))
Begitu besar nikmat ukhuwah yang telah
Engkau berikan kepada kami. Berkat yang
Engkau sulamkan antara simpulan tautan ukhuwah ini, dapat kami rasakan. Segala puji
bagiMu Ya Allah.
Ya Allah, aku mohon kepadaMu.
Peliharalah setiap satu antara kami. Izinkan
hati-hati ini sentiasa tertaut atas dasar kasih dan cinta kepadaMU. Jadikan
setiap langkah kami ini sebagai satu jihad dalam memikul amanah daripadaMu. Redhailah kami, Rahmatilah kami. Walau kami
dipisahkan oleh jarak dan waktu, walau kami tidak diizinkan untuk ketemu di
dunia ini, izinkan untuk kami bertemu semula di JannahMu. Amiinn..
Semoga kita semua ingat ayat- cinta dari
Allah ni walau ke mana sahaja kaki melangkah.
“Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan juhad yang sebenar-benarnya. Dia telah memiliih kamu dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama. (Ikutilah) agama nenek moyangmu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamakan kamu orang-orang Muslim sejak dahulu, agar Rasul (Muhammad) itu menjadi saksi atas dirimu dan agar kamu menjadi saksi atas segenap manusia. Maka laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat dan berpegangteguhlah kepada Allah. Dialah Pelindungmu, Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong”. (Al-Hajj : 78)