Wednesday 20 June 2012

Izinkan Aku Bertemu DenganMu Dengan Senyuman..


Hiruk pikuk exam a-level dan entrance exam membuatkan  blog ini sunyi dan tidak terisi. Sepi..
 

Sungguh, dalam tempoh ini, aku sangat disibukkan dengan semua ini. Namun, di celah kesibukan itu, pelbagai peristiwa yang telah Allah takdirkan buatku dan aku yakin adalah merupakan tarbiyah buat diriku. Dengan senang hati ingin aku berkongsi suatu peristiwa dimana pada hari itu aku perlu menduduki entrance exam dan interview placement untuk sebuah university di India, InsyaAllah..

Selepas writing test, semua applicants di bawa ke suatu bilik. Di sana kami diarahkan untuk menunggu sehingga  nama dipanggil untuk masuk ke bilik temuduga. ‘Puan X’ (tak tahu pun nama Puan tu apa) yang menguruskan kami itu memberitahu bahawa makanan untuk minum pagi tersedia dan tandas juga terdapat di dalam bilik menunggu itu.

Ketika itu, semua applicants mengambil tempat duduk masing-masing.
Ku amati gerak-geri setiap manusia di segenap ruangan itu. Majoritinya adalah non-muslim. Hanya  7 orang sahaja Melayu dan Muslim didalam bilik itu, termasuklah aku. Semua orang kelihatan resah dan gelisah. Mungkin kerana terlalu gugup. Aku meneka sebegini kerana itulah perasaan yang aku alami ketika itu. Ku amati lagi, ada yang sedang sibuk menyemak dokumen-dokumen di dalam failnya. Khuatir jika ada yang tercicir dan tidak lengkap untuk dipersembahkan kepada interviewer nanti.

Ada juga yang keluar masuk tandas membetulkan rambut dan pakaian mereka. Supaya kelihatan kemas apabila berhadapan dengan interviewer nanti. Aku toleh kebelakang. Aku terpandang seorang lagi applicant yang sedang sibuk menghafal fakta-fakta yang berkaitan dengan bidang Dentistry. Di atas kertasnya terdapat pelbagai jenis soalan ramalan. Takut-takut jika ditanya oleh interviewer itu nanti. Hebat betul persediaannya. Cukup lengkap. Perfect!

Aku lihat di satu sudut ruang. Seorang applicant berbangsa India. Mulutnya terkumat-kamit sejak dari tadi. “Mungkin dia sedang berdoa, agaknya”, teka hatiku. Makanan minum pagi juga tidak terusik di luar bilik itu. Makanan-makanan itu seperti melambai-lambai mengoffer diri untuk dimakan. Namun, masih tiada siapa yang senang untuk menjamah mereka dalam keadaan seperti ini walaupun hanya meminum seteguk air kopi.

Dengan bekalan yang telah aku pelajari dalam tarbiyah, alhamdulillah aku berusaha untuk menjadikan peristiwa ini sebagai satu tarbiyah buat diriku dan untuk dikongsikan dengan semua untuk renungan bersama. 

Pada saat itu, semua orang sangat nervous untuk berhadapan dengan interviewer. Dan sememangnya ingin mempersembahkan yang terbaik kepada mereka ketika berada di dalam bilik itu nanti. Bermula dari pakaian, cara berjalan, cara mengetuk pintu, cara bercakap, senyum, duduk dan segala dokumen yang dibawa perlu lengkap. Disusun mengikut turutan supaya mudah bagi interviewer untuk merujuk.

Tetapi bagaimana pula dengan persiapan kita untuk bertemu dengan Allah kelak? Yang kita tidak tahu bila panggilan itu akan sampai kepada kita. Sanggukah kita berlapar demi menyelamatkan iman, atau islam atau menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini?

Sedangkan ingin betemu dengan manusia, kita sanggup berbuat demikian dan jantung berdegup kencang di sepanjang penantian untuk bertemu mereka. Namun, sedih sekali. Hati kita x pernah pun bergetar sepanjang penantian panggilan Allah atau mendengar mengenai sakitnya sakaratul maut, azabnya seksaan di alam barzakh dan neraka jahannam.

Adakah buku amalan kebaikan ita sudah penuh dan lengkap untuk dipersembahkan kepada Allah kelak?
Selalukah kita bermujahadah untuk memperbetulkan iman, taqwa ibadah dan akhlak yang merupakan pakaian pada diri kita? Kerana itu adalah antara perkara yang ingin dinilai oleh Allah nanti. Dan berjuang untuk menjadi seorang individu muslim yg mantap dengan memenuhi segala muwosafat muslim? Tepuk dada tanya iman...

Sentiasakan kita bersungguh-sungguh untuk mendapatkan syurga yang nyata merupakan destinasi kita yang kekal? Semua orang sanggup berlapar kerana terlalu risau sepanjang  penantian panggilan nama untuk dipanggil masuk ke bilik temuduga. Pesediaan cukup sempurna dengan harapan interviewer tertarik dengan kita dan memberi markah yang tinggi supaya membolehkan kita mendapat placement di university tersebut. University yang sangat ingin kita pergi dan belajar di sana dalam tempoh hanya beberapa tahun. Yang menentukan masa depan kita yang mungkin akan hidup hanya dalam lebih kurang 40 tahun lagi (jika ikut Rasulullah saw). Tetapi kita lupa bahawa kita akan selama-lamanya berada alam akhirat. Tanpa boleh kembali ke dunia lagi.

Bersama-samalah kita berdoa supaya..
‘Dan kemudian dikatakan kepada orang yg bertakwa, “Apakah yg tlh diturunkan oleh Tuhan-mu?” mereka menjawab, “Kebaikan”. Bagi oang yg berbuat baik di dunia ini mendapat (balasan) yg baik. Dan seseungguhnya negeri akhiat pasti lebih baik.Dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang yg bertakwa. (yaitu) surga ‘Adn yg mereka masuki, mengalir dibawahnya sungai-sungai,  dalam surga itu mereka mendapat segala apa yg mereka inginkan. Demikianlah Allah memberi balasan kepada org2 yg bertakwa. (yaitu) org yg ketika diwafatkan oleh para malaikat dalam keadaan baik, mereka(para malaikat) mengatakan (kepada mereka) “Salamun’alaikum, masuklah ke dalam surg kerana apa yg telah kamu kerjakan.” (an-Nahl : 30-32)

Let's mujahadah!!! Yes, mujahadah itu memang PAHIT dan TAK SEDAP!!! Tapi kita perlu sentiasa ingat yang SYURGA itu MANIS!!! Pastinya lebih manis dari GULA-GULA KAPAS!!! hehehe... OSEM!!!

Sekadar perkongsian bersama.. (^_^)