Sunday 20 November 2011

Sebak

  Sudah lama lembaran ini tidak diisi oleh penaku yang tidak bermata ini. Hiruk-pikuk suasana kesibukan untuk menghadapi peperiksaan membuatkan pena ini terhenti bertulis.. Segala apa yang ingin ku kongsikan dalam lembaran ini tertangguh dan dibiarkan begitu sahaja..

...........................

Setelah zikir mathurat ku alunkan..ku merenung ke jendela... dan ku dongak ke langit... ku perhatikan hujan yang turun membasahi bumi. Awan dan bumi kedua-duanya rela diperbuat begitu kerana taatnya mereka kepada Sang Pecipta.. Ingin kuamati setiap titisan hujan yang turun. Namun pandangan mata yang hanya di taraf hamba, aku tidak mampu untuk mengamati sebegitu. Dalam hatiku terfikir.. " Hebatnya kuasa Allah..
Menurunkan air dari awan yang kita fikir hanya segumpal benda asing di udara. Hebatnya Allah menetapkan berapa banyak titisan hujan yang Dia turunkan. Hebatnya Allah mentaqdirkan sebanyak mana yang akan diserap oleh tumbuh-tumbuhan untuk mereka melakukan proses photosynthesis".

  Sekali gus sekeping hati ini berasa sebak. Ku personifikasikan cuaca pada petang ini dengan perasaan ku.. Cuaca  petang ini seolah-olah turut bersedih dengan pemergian rakan sebilikku, Maisarah petang tadi. Dia telah pun menamatkan A-level di sini.. Ku pandang katilnya yang sudah tidak bercadar. Hampir menitis airmataku. Teringat kembali segala peristiwa manis yang pernah kami lalui bersama..Setelah hampir setahun berkongsi cerita suka dan duka bersamanya, Mai pergi juga. Minggu hadapan, Lily pula akan keluar setelah habis paper physics.. Hanya tinggal aku dan Jay sahaja dalam rumah ni.. Sunyi.. "Nanti mesti kite dah tak dapat pergi surau ramai-ramai lagi...".........

   Diri ini yang terlalu susah untuk menerima kawan baru, namun apabila sekali dia menjadi kawanku... Perpisahan adalah perkara yang sangat sukar untuk aku lalui.. Namun kukuatkan semangat. kubisik pada hati ini.." sabar ye Ayu.. Satu sem je lagi.. Berusaha dan belajar dengan bersungguh-sungguh.. InsyaAllah, kita semua jumpa semula."

   Buat adik-beradik seusrah.. Ila, Filzah, Fatin, Iqa dan Nadia... nanti kite mesti rindu korang semua. Walaupun lepas ni kita dah x berada dalam satu usrah... Namun, tali ukhwah yang dibina insyaAllah akan kekal dalam simpulannya.. Tak akan terlerai..

  Buat teman-teman seperjuangan yang lain.. Ayu nak cakap Ayu sayang korang. Walau sejauh mana pun Allah pisahkan kita nanti, Walau ke negara mana sekalipun kita dihantar....  Semoga kita semua berada dalam perlindunganNYA dan terus tsabat dijalanNYA..

Uhibuki Fillah....







Saturday 17 September 2011

Giving is a Miracle


You have living by what you get...
       You have life by what you give...

erm,,kata2 yang sangat bermakna... dari seseorang yang amat ku kagumi

seseorang sering mengejar ap yang tidak diperolehnya,, sedangkan terlupa apa yang sedang dia ada>>

Hakikat manusia yg berhati wahan...sgt menyedihkan..."cintakan dunia dan begitu takutkan mati"

Ingin aku kongsi peristiwa semasa di sekolah dahulu...

Satu hari,,macam biasela..sume orang bersiap2 nak pergi prep lepas solat Maghrib. Kebetulan hari tu kawan aku terlambatla sikit. Dengan sabarnya aku tunggu kawan aku kt bawah tangga surau tuh..Aku jenis yang x kesah tunggu orang dan x suka ditunggu.. agak penat gak la nak tunggu orang nie..tapi aku x de la cepat melatah..

Biasanya kalu orang tu da terlambat mestilah dia mintak maaf sebab susah2 tunggu dia kan??
Tapi aku x sangka lain yang keluar dari bibir sahabatku itu...
"TERIMA KASIH ya sebab tunggu", ucapnya membuat ku terkedu seketika..
Ingatkan dia nk mintak maaf sebab da lama tunggu dia..
"Sama2", balasku...
Hilang terus rasa sebal menuggu..wa hebatnya perasaan tuh...

Begitu indahnya bila orang menghargai kita...erm..tue orang~
Tapi Allah mestilah senantiasa mendambakan penghargaan dari hamba2Nya kn?
Tapi kita selalu terlupa menghargai setiap pemberian Allah pada kita
sebab tu la sering kali Allah ulang begitu sedikit sekali hambaNya bersyukur

Sifat Allah yang Wahab sering kali membuatku malu
malu pada diri yang kurang sekali memberi
tetapi hidupku penuh dengan sifat meminta2,,
Ada seorang anak murid bertanya kpd gurunya..
"Aku gembira melihat orang itu..hidupnya penuh ceria dan bahagia,, namun susahnya aku ingin bahagia sepertinya. Bagaimana aku bisa miliki kebahagian sepertinya wahai guru?"...
Sang guru menjawab" Bahagiakan kan dirimu dahulu..pasti kamu bisa membahagiakan orang disekelilingmu. Dalam membahagiakan dirimu,,banyakkanlah memberi".."
Apa yang kita punya,, semalam, kini dan selamanya bukan milik kita..
SETUJU?!
erm..harta kita semuanya milik Allah, jiwa kita pun Allah yang punya, tenaga kita pun milik Allah..
Hakikatnya kita x punya apa2...tapi kita masih boleh memberi kan?... Berilah apa yang Allah telah beri kita..
Kalu bukan dengan harta sekalipun,, kita boleh menyumbang dgn tenaga,ilmu dan lain2.. dengan memberi kata2 yang baik juga mampu membahagiakn sang pendengar..

Ada seorang suri rumahtangga ini mengeluh.. dia da buat macam2 pengorbanan utk keluarganya..tapi suaminya tidak pernah menilai dan berterima kasih akn segala penat lelahnya sehinggakan sanggup bernikah dgn wanita lain...cerita ini sering kita dengar..
Tapikan,, berbaloi ke mengharapkan penghargaan manusia yg x punya ap2?
Kalaula kita memberi dgn ikhlas tanpa mngaharap balasan manusia dan padaNya sahaja kita berharap pastilah tiada penyesalan atas segala pemberian yg kita lakukan...

Berilah kpd yg tiada,                                                  Sebarkan bahagia walau dgn snyuman,
berilah tanpa mengharapkan ap2,                               sebarkan peringatan, tuntutan rasul junjungan,
berilah segala yang ada,                                             Sebarkan salam merapatkan hubungan,
bahkan ia x mengurangkan ap2...                               moga ia dinilai sebagai amalan.....

"HIDUPLAH UTK MEMBERI SEBANYAK2NYA
wHaT YoU gIvE u'LL gEt BaCk...believe me!!"
                                                                                                                   hasil coretan sahabat ayu yg cute~

Friday 16 September 2011

Jalan Pulangku

Tundukku malu didepanMu
kernaku insan berdosa
kuadukan sesalanku
apakah kan Kau terima

kesunyian ini sedarkan diriku yang lena

tinggalkan semalam yang nanah
lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu
terpaut aku tak berpaling

ku bersyukur hanya padaMu tuhan

kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

suburkan cahaya menerangi langkahku

semaikan segala hiasan indah cintaMu

ku bersyukur hanya padaMu tuhan

kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan

bimbang Kau singkirkan taubatku
kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
kelakku zalimi diriku

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa

sehingga masanya kau seru hujung nyawaku(x2)

ku bersyukur hanya padaMu tuhan

kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

Tak jemu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu....

Monday 12 September 2011

Kuatkan Aku Melangkah di Atas JalanMu....

Ya Allah..
Aku masih di sini
Mencari 'DiriMu'
Kadangkala diri ini lemah
Acapkali hati ini goyah
Adakalanya kaki ini tidak terdaya lagi untuk melangkah..

Ya Rahman..
Tuhan yang membolak-balikkan hati ini..
Teguhkan hati ini
Untukku terus tsabat mendaki lurah
Walau dengan payah
Walau terpaksa meredah
Yang pasti

Lurah ini akhirnya
Menemukan aku denganMu di atas sana..

Ya Allah..
Peliharalah segumpal daging di dalam tubuhku
Agar haruman bunga yang ku tabur di sepanjang perjalananku ini
Terus harum dengan haruman ikhlas
Dan terhindar dari busuknya ria' dan takbur

Ya Rahim..
Temukan aku dengan CintaMu
Permudahkan aku merisik RahmatMu
Bantulah aku melamar KasihMu
Izinkanlah aku menyunting SayangMu
Agar hidup ini terisi
Dengan hembusan nafas RedhaMu
Dengan jantung berdegup menyebut namaMu
Tuhan yang Satu....

Pasrah Segalanya

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
Segala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

Saturday 27 August 2011

Pengalaman yang Sangat Bermakna

   Alhamdulillah.. Berpeluang juga akhirnya untuk aku memenuhi pinta pena ini..
Pertamanya Syukur kepada Allah dan selawat serta salam buat junjungan besar, penghulu sekalian Nabi Rasulullah saw dan sejahterlah juga buat para sahabat baginda, mujahid mujahidah yang istiqomah berjuangmenyebarkan aga Islam asalnya daripada sekelompok kecil hingga ke seluruh dunia hingga ke hari ini..
   Kali ini, pena tidak bermata ini ingin menceritakan mengenai pengalaman aku pada hari sabtu yang lepas, bersamaan dengan 20 Ramadhan tahun ini. Kak Ain merangkap kakak usrah aku mengajak aku dan adik beradik usrah aku yang lain untuk iktikaf di Masjid Wilayah. Sebelum kami ke masjid tersebut, kami diberitahu oleh Kak Ain bahawa Kak Ain akan membawa kami ke KLIA untuk menghantar 10 orang Hamba ALLAH dari jemaah IKRAM dan Aqsa Syariff bagi menyahut seruan jihad untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke GAZA, PALESTIN, bumi para anbiya.


  Setibanya kami di KLIA, diberitahu bahawa kami tidak punya masa yang lama untuk berjumpa dengan mereka. Kami berjalan dengan sangat pantas dan ada juga yang berlari demi ingin melihat pejuang-pejuang Allah itu. Alhamdulillah, dengan izin Allah kami berkesempatan untuk bertemu dengan mereka. Sejurus setelah itu, bacaan doa dibacakan olehUstaz Hasanuddin. Sayu, sebak hati ini mendengar setiap baris doa yang dipohon.

  Salah seorang akhawat yang menyertai bantuan kemanusiaan yang saya kenal adalah Kak Shima. Kak Shima nampak tabah. Kata-katanya kepada kawan-kawan yang tinggal. "kalau Shima x ada nanti tlg jagakan keluarga Shima ye.."

  Subhanallah, sampai begitu sekali mind set Kak Shima. Mind set nya hanya untuk syahid di jalan Allah..  Semoga kesemua pejuang-pejuang Allah itu kembali dengan selamat ke Malaysia. Dan andai ditakdirkan yang sebaliknya, moga Allah tempatkan mereka bersama hamba-hambaNya yang beriman. Amin..

Palestine will be free!!!





Monday 15 August 2011

Berbicara Tentang Hati

.
Mungkin sudah ramai yang sudah bercerita tentang hati..Hati bersih,hati kotor,naluri hati...Tetapi kali ini aku mahu menyingkap sendiri tentangnya...mungkin tidak menjadi bekas pada mana-mana hati tetapi biarlah tinta ini menjadi peringatan buat a sendiri.Terkadang kita selalu "brain wash" hati-hati orang lain akan tetapi kita terlupa untuk "brain wash" hati sendiri.Sibuk dengan urusan dunia seringkali kita terlupa seketul hati yang berada di dalam tubuh itu juga perlu dicuci sebagaimana kita merasakan pentingnya menjaga kebersihan fizikal.Mandilah 5 atau 6 kali sehari pun jika sekutul hati dalam jasad itu tidak bersih bernilaikah amal kita di sisi Allah??


Seketul hati meski di dalam jasad kita tetapi ia bukanlah milik kita.Tetapi ia milik Allah.Dan setiap sesuatu yang menjadi milik Allah itu adalah berupa barang pinjaman semata-mata.Sekelip mata Dia bisa mengambil kembali hakNya.Maka tidak mustahil hati yang bersih boleh menjadi kotor dan hati yang kotor boleh menjadi bersih dengan kekuasaanNya.Usah sombong usah bongkak jika hari ini ada insan yang memuji kita baik.Usah cepat melatah dengan pujian orang.Baik buruk diri kita adalah dengan izin Allah jua.Saat diri dipuji jangan lupa untuk mengembalikan pujian itu kembali pada Allah. 
 
Teringat satu kata-kata..."kita ini hanyalah hamba.tak layak pun bagi kita sebenarnya untuk menerima pujian.Yang berhak menerima pujian itu hanyalah Allah." Bila mana diri dipuji cepat-cepatlah kembalikan hati itu pada Allah.Seberapa pantas bertindaklah menyedarkan diri serta beristighfar bahawa kita ini hanyalah hamba.Untung nasib di sana tidak kita ketahui natijahnya.Hadirkanlah rasa kerdilnya seorang hamba lalu tanyalah pada diri, layakkah aku untuk menerima pujian itu??


Seketul hati...hanya sebahagian kecil anggota tubuh kita tetapi di situlah menyimpan pelbagai cerita.Cerita-cerita daripada episod kehidupan.Ujian,cabaran,dugaan,suka duka, tawa gembira, keluh kesah, sakit derita, cinta, kasih sayang mahupun benci...di situlah permulaannya kita merasa dan menyimpan cerita di sebaliknya.
HATI sebagai raja, akal sebagai penasihat bendahara, dan tubuh sebagai bala tentera.
 
Citera yang menuntut kita mencari solusi buat mengawal hati agar berbahagia dan merasa tenang di sisi Allah.Berbahagia dan merasa tenang di sisi Allah...yakni kita yakin dan percaya bahawa segalanya boleh diatasi dengan izin Allah.Saat hati dilanda gundah wajah masih bisa mengukir senyum.Senyum yang bukan dibuat-buat tetapi rekahan senyuman yang bermula dari hati seterusnya terzahir pada wajah atas dasar yakin dan percaya pada percaturan Allah.Apabila diri disakiti hati mudah memaafkan,apabila dilukai hati masih gembira mengukir senyum...bukan mudah mahu melaksanakannya.Bukan mudah mahu berfikiran positif pada sesuatu perkara yang amat menyakitkan.Tetapi itulah cerita kehidupan.


Tidak Allah hadirkan ujian itu sebagai sesuatu yang sia-sia melainkan mahu mendidik hati dan jiwa kita agar kembali kepadaNya.Saat insan lain dibiarkan sepi tanpa cahaya Dia memilih hati-hati kita untuk diberikan sedikit ujian.Tidak lain dan tidak bukan Dia sebenarnya mahu kita bersamaNya.Keluh kesah, sakit derita pada Dia kita adukan.Riang gembira tertawa ceria pada Dia kita panjatkan kesyukuran.Tidak berbahagiakah kita pada pilihan ini? 

Hati ini milik Allah.Usah kita merasa terlalu senang dan tenang bila mana mudahnya melakukan amal kebaikan.Selalu harus dikemaskini..disemak niat kita adakah telah kita berbuat sesuatu itu kerana Allah? Bimbang...jika amal itu tertolak kerna dalam hati masih menyimpan sekelumit mahupun sebesar zarah perasaan riak,takbur dan ujub dengan amal kebaikan tersebut.Jika di dunia telah tertolak satu per satu lalu bagaimana bekal yang mahu kita bertemu denganNya di padang masyar kelak?? Di alam barzakh siapakah yang bisa membantu kita menjawab soalan-soalan Malaikat Mungkar dan Nakir jika segalanya telah terhapus tika di dunia??

 
  Moga-moga menjadi ruang muhasabah bersama dalam meniti cinta Rabbi meraih redhaNya di dunia dan akhirat.Tiada manusia yang tidak melakukan kesilapan pada hayatnya.Dan apabila hati itu telah Allah sentuh dengan hidayahNya maka bersyukurlah dan berusahalah kita untuk menjaga hati kita dengan sebaik-baiknya.Kita tidak akan mampu menjadi insan sempurna tetapi berusaha dan terus berusaha mencipta masa depan demi kebahagiaan hidup akhirat yang kita harapkan.
 
" Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu yang menciptakan segalanya,yang menimpakan ujian,yang menjadikan sakit hatimu,yang membuatkan keinginanmu terhalang,menyusahkan hidupmu pasti akan damailah hatimu kerana masakan sengaja Allah mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia.bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu,retaknya hatimu tapi mungkin itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk didekati dan akrab denganNya..."


Alhamdulillah...tinta pena tidak berdakwat ini bakal terhenti. Terima kasih Ya Allah kerna telah mengizinkan ruang ini untukku berkongsi rasa...Segala Puji Bagi Mu Ya Allah...

Ya Allah...bantulah hambaMu ini untuk menulis dengan hati yang ikhlas hanya keranaMu. Mudah-mudahan dari hati yang bersih itu akan mampu menyentuh hati yang berkeinginan pada sesuatu yang lebih bersih...insyaAllah....Amin Ya Rabb...


Wassalam buat para tetamu pilihan Allah....moga dengan rahmat Allah akan membuka hatimu dan hatiku untuk lebih mencintai ALLAH...(。◕‿◕。)
 

Thursday 11 August 2011

Besyukur Atas Segala KetentuanNYA

Add caption
   Segala puji bagi Allah serta selawat dan salam atas junjungan besar Rasulullah saw serta keluarga dan para sahabat baginda yang istiqomah berjuang menyebarkan Islam sehingga kita dapat merasai nikmat Iman dan Islam hingga ke hari ini.

Alhamdulillah.. Hari ni dah pun keluar result AS Cambridge A-level (A2 pun sekali). Macam-macam reaksi  orang aku dapat tengok. Ada yang sambut kejayaan dengan menjerit sambil peluk-peluk kawan, ada yang menagis terharu, ada yang balik rumah terus sujud syukur. Tak dinafikan, ada jugak yang kecewa dan menangis dengan keputusan yang diterima. 

Alhamdulillah, Allah takdirkan aku lepas. Lumrah manusia pasti nak yang lebih baik daripada yang dah ada depan mata. Tak pernah nak rasa puas dengan rezeki yang Allah berikan. Aku pun pada mulanya macam tu. Tapi bila aku muhasabah balik, BODOHNYA AKU! Menyesal sangat..
Cukuplah, moga ini yang terbaik buat aku, keluarga aku, dan agama aku dunia akhirat.

Saat dilanda ujian dan dugaan, kita bertempik kecewa.
Tika cubaan datang, serasa sesak dada hingga berprasangka buruk kepada Tuhan.
Tatkala dihempit derita, kita menangis sambil meratapi kesedihan yang melanda.
Bahkan saat itu, kita lupa tentang kalimah ‘sabar’ dan ‘redha’. Kita juga lupa bahawa kita ada Allah Yang Maha Esa. Kita tidak menyakini bahawa dengan kehadiran ujian itu, sebenarnya adalah cubaan yang Allah SWT turunkan buat menguji sejauh mana keimanan hamba-hambaNya.

Bukankah Allah SWT telah mengkhabarkan kepada kita tentang ujian dan cubaan buat orang-orang beriman?
 Aku tertarik dengan beberapa potongan ayat  dari surat cinta Allah

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).” (Al-Baqarah: 214)

“Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.” (Az-Zumar: 10)

Kita selalu marah-marah pada Pencipta bila letih menerima cubaan, hingga ada yang sanggup mencaci-maki bagai orang gila yang tidak berpedoman. Kita menyalahkan Allah SWT, menyalahkan takdir, menyalahkan qadar ketentuan Ilahi tanpa menggunakan neraca iman dan ilmu. Kita tidak lagi memandang akan hikmah tersembunyi.
Lantas, kekecewaan bersalut dosa terus membelenggu diri, merantai jiwa hingga tertutup pintu hati kepada sebuah kebenaran. Nauzubillahhi minzalik.

  
Akhir kata, tahniah kepada semua kawan-kawan yang berjaya. dan kepada yang lain, masih belum terlambat lagi untuk kita smua berusaha. InsyaAllah, PASTI ada hikmah disbalik ketentuan Allah ini. 

Monday 1 August 2011

Teringat Kenangan Lama

KEM *****

mathurat lepas subuh kat tepi pantai..

Rindu pula tiba-tiba tengok gambar2 kem nie.. Hope ukhwah kita semua berkekalan selamanya..
Kepada faci2 (anasir..hehe) terima kasih banyak-banyak.. Sayang semua FILLAH!!! (^_^)



briefing game PERANG dari kak TINA

Respon dari permainan

sandal siape nie..(^_^)





Permandangan sunset...

Saturday 30 July 2011

Menjadi Orang yang Berbahagia 3

Taman Hati
Senyumlah macam saya:)

Seesungguhnya hati yang bersih itu ibarat sebuah negara yang makmur dan aman sentosa. Atau sebuah benteng yang kukuh dan terlindungi. Juga aksna taman indah yang penuh berkah. Takkan pernah punak keindahannya, tak akan pernah membuat cengkung mata orang yang menatapnya, dan pohonnya selalu sering memberikan buah di setiap musim, dengan izin Tuhannya..

Sungguh, taman itu takkan lama usianya, akan menjadi kering dan usang hingga pemiliknya merintih sedih, "Alangkah ruginya aku".
Namun sebaliknya, taman hati akan selalu bersemi dan berbuah, sehingga pemiliknya pun akan berkata senang, "Sungguh alangkan beruntungnya aku".

(an-Nadawi,Rijaalul-Fikri wad-Da'wah)

Menjadi Orang yang Berbahagia 2

LAPANG SETELAH SUSAH

Gembiranya saya...
Wahai orang yang sedang bersedih, sesungguhnya kesedihan itu pasti akan berakhir. Hatimu akan lapang. Maka, berbahagialah, kerana pembuat lapang itu ALLAH.

Putus asa kadang membunuh pelakunya. Maka, janganlah kamu berputus asa!
Kerana, sesungguhnya pemberi kecukupan itu adalah ALLAH.

ALLAH akan menjadikan kemudahan setelah kesulitan.

Jangan sesekali engkau gelisah!
Kerana, sesungguhnya pencipta sesuatu itu adalah ALLAH.

Saat Engkau dicuba bencana, maka percayalah kepada Allah, dan mintalah RidhaNya..
Sesungguhnya yang  dapat menghilangkan bencana itu adalah Allah.

Demi Allah, tidak adda seorang pun yang dapat memberikanmu manfaat selain Allah.
Maka cukuplah Allah menjadi pelindungmu.
Kerana yang dapat memberimu manfaat di setiap urusan hanyalah ALLAH.









Menjadi Orang yang Berbahagia 1

Imam Ibnu Qayyim Rahimatullah pernah berkata,

"Jika seseorang hamba memasuki watu pagi dan malam hari kondisi hatinya tertuju kepada Allah, Maka Allah Taala akan menanggung segala keperluannya, memberi apa sahaja yang ia kehendaki, mengosongan hatinya dari yang lain, hingga ia hanya mencintaiNya, membersihkan mulutnya hingga hanya digunakan untuk berzikir kepadaNya, serta anggota tubuhnya hanya untuk taat kepadaNya.

Tengok tu, bahagianya dia..:)
Namun, jika ia memasuki waktu pagi dan malam hari sedangkan hatinya tertuju kepada dunia, maka Allah akan mengarahkannya kepada kesedihan, kesengsaraan, dan kesulitan dunia. Allah Taala akan menyerahkan segala urusannya kepada dirinya sendiri(tidak ikut campur) sehingga Dia akan membuat hatinya lebih mencintai makhlukNya lebih daripada Nya, menjadikan mulutnya lebih fasih menyebut-nyebut makhluk daripada berzikir kepadaNya, serta membuat anggota tubuhnya berpaling dari taat kepadanya menjadi pelayan yang sibuk mengurusi urusan makhlukNya. Ia akan bekerja keras layaknya binatang untuk dapat melayani oang lain. 

Ibarat alat peniup api yang rela tengahnya ditiup dan di sisinya ditekan demi memberikan manfaat kepada yang lain. Maka, setiao orang yang lain yang berpaling daripada beribadah kepada Allah, dari mencintai dan taat kepadaNya, itu akan diberikan cubaan untuk menjadi hamba bagi makhluk yang lain, mencintainya serta menjadi pelayan setianya.

Friday 22 July 2011

Non-Muslim's Common Question about ISLAM

Assalmualaikum... :)
alhamdulillah...
Syukur kepadaNYA kerana memberi kesempatan ini untuk mengupdate blog ni..
Minggu lepas, saya telah posted something di facebook, yg berbunyi...
"How can islam be called the religion of peace when it was spread by the sword?"
ade jugak yg comment n bagi pendapat yg sangat menarik.. actually semua pendapat adalah betul.. Kat sini, saya nak berkongsi dan berbincang dgn kawan-kawan semua mengenainya dengan lebih dalam lagi, InsyaAllah...
Saja-saja je nak speaking hari ni.. hehe... Islam ni kan syumul.. kalau ada grammatical error ke nnt betul2kan la ehh... hehehe..

Baiklah..back to our main topic....
"how can Islam be the religion of peace when it was spread by the sword?"
Its a common complaint among some non-Muslims..The following points InsyaAllah will make it clear, that far frombeing spread by the sword, it was yhe inherent force of truth, reason and logic that was responsible for the rapid spread of Islam.

1) Islam Means Peace.
Islam comes the word of "salaam", which means peace. Its also means submitting one"s will to ALLAH SWT. Thus, Islam is a religion of peace, which is acquired by submitting one"s will to the will of the Supreme Crator, Allah swt..

2) Sometimes force has to beused to maintain peaceEach and every human being in this world is not favour of maintaining peace and harmony. There are many, who would disrupt it for their own vested intersts. Sometimes force has to be used to maintain peace. It is precisely for the reason that we have police who use force againstcriminals and anti-social elements to maintain peace in the country. Islam promotes peace. At the same time, Islam exhorts it followers to fight where there is oppression. The fight against appressionmay, at times, require the use of force. In Islam, force can only be used to promote peace and justice.

3) More than 80% non Muslim in India.
The Muslims ruled India for about a thousands year. If they wanted, they had the power of converting each and every non-muslim of India to Islam. Today, moer than 80% of the population of India are Non-Muslims. All these non-Muslim Indians are bearing wittness today that Islam was not only spread by the sword.

4) Swords of Intellect
It is the swords of intellect. The swords that conquers the hearts and minds of people. The Quran says in Surah Nahl, Chapter 16, verse 125:

"Invite (all) to the way of thy Lord with wisdom and beautiul preaching; and argue with them in ways that are best and most gracious."

Now friends, I have a Question to ponder...
Today the fastest growing religion in America is Islam. The fastest growing religion in Europe is Islam. Which sword is forcing people in those of the powerful country to accept Islam in such large numbers?

I thinks, thats all for this time. InsyaAllah we will meet again. I got Chemistry class after this.. so, i have to hurry. thanks a lot for lending your eyes to see and mind to think about this with me.. If u have any opinion or some extra information, just leave your comment here..
Lets protect this holy religion together.. InsyaAlah...

Ketenangan Sebenar


Hati yang kering bagaikan disiram..
Tatkala Takhbiratul Ikram diangkat bersama...
Ucapan aminn diakhir Al-Fatihah bergema..
Di setiap ruang rumah suciNya...
Ukhuwah terjalin penuh padu...
Jiwa terikat teguh pada yang Satu...
Aku bersuju dengan seribu pengharapan...
Memohon menjadi insan terplih...
yang akan menghuni JannahNya...
Bagaikan seekor kupu-kupu...
Yang terbang bebas menikmati kemanisan madu beribu kuntuman bunga di taman larangan...
Ucapan salam di akhir solat bagaikan sangat berat...
Kerna,
Aku TAKUT!
Dapatkah aku bersama denganNya lagi..??

Sujud dengan tenang...
Bagaikan tenangnya ikan dilautan...
Di dalam rumahNya yang indah ini...
Pimpinlah aku Ya Rahim..

Adik LOVE sangat Mak Abah

Tatkala hati diuji...
Terasa diri ini ingin dekat dengan dirimu...
Tak ingin sekali aku jauh darimu..
terngin sekali ku berada dalam kehangatan pelukanmu...
Yang dahulu selalu menenangkan diriku di saat hati ini kelam...

Mak... Abah...
Siapa lagi yang boleh menenangkan hati ini selain dari dirimu...
Siapa lagi yang boleh mengesat airmata ku yang jatuh setiap kali anakmu ini hampir berputus asa...
Jarak kita semakin jauh...
Jauh.... tidah seperti dahulu..

Mak... Abah...
Terima kasih kerana telah meninggalkanku amanat yang membuatkan aku kuat setiap kali diri ini diuji...
"Walau dimana pun kau berada, Allah tetap di sisi..
Lebih dekat dari dekatnya Mak dan Abah disisimu..
Mintalah kekuatan daripadaNya..
PelukanNya lebih menenangkan dirimu wahai anakku"..

Mak... Abah...
Aku tahu...
Hatimu berat melepaskan aku pergi..
Namun kau kuatkan hati...
Semata-mata ingin melihat anakmu senang di masa hadapan...
Walau aku tahu jiwamu menangis...
Merayu padaku supaya jangan meninggalkan dirimu...
Ketahuilah Mak.. Abah...
Sanubari ku ini lagi meruntun sayu tidak mahu meninggalkanmu...
Aku gagahkan kaki ini melangkah untuk membela nasibmu...
Aku gagahkan kaki melangkah untuk membela agama Allah yang satu...
Maafkan aku... Mak Abah...

Walau kita saling berjauhan...
Kan kuubati rinduku dengan doa untukmu..
Kan ku genggam erat amanahmu..
Kan ku berusaha untuk menjadi anak yang terbaik buatmu di dunia dan akhirat..

Ya Allah...
Sekalung syukur terasa tidak cukup untukku berterima kasih kepadaMu...
Kerana telah menguriakan aku ibu dan bapa yang sangat menyayangi hambaMu ini...
Tempatku mengadu setelah diriMu...
Hamba bermohon padaMu Ya Allah...
Kau teduhkanlah mereka dari teriknya Padang mahsyar...
Kau izinkanlah mereka supaya derpeluang menikmati indahnya SyurgaMu..

Mak... Abah...
Doakan adik... Semoga Allah mengurniakan adik ketabahan untuk menghadapi segala ujian dariNya..
 Anakmu, Siti Nor Hidayu...............................

Langkah Tercipta

Semalam aku kelukaan,,
Kecewa kehampaan,,
Mencalar ketabahan...
Mimpi yang sering ku harapkan,,
Menjadi kenyataan,,
Namun tak kesampaian....

Allah,,
Ingin ku hentikan langkah ini,,
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,,
Semngat tenggelam,,
Lemah daya,,
Haruskah aku mengalah??
Namun jiwa ku berbisik inilah dugaan..

Dan mata ku kini terbuka,,
Pada hikmah dugaan,,
Uji keimanan...
TAK DILONTARKANNYA UJIAN,,
DI LUAR KEKUATAN SETIAP DIRI INSAN.....

Allah,,
Pimpinlah diriku tuk bangkit semula,,
Untuk teruskan langkah perjuangan ini,,
Cekalkan hati dan semngatku,,
Kurniakan ketabahan...
Agar mimpi jadi nyata....
Pada-Mu ku meminta..
Daku mohon agung kudrat-Mu,,
Wahai tuhan yang satu,,
Segalanya dari-Mu...

Maafkan aku

Sungguh, aku bersyukur,
Allah telah mempertemukan aku denganmu, sahabat...
Maafkan sahabatmu yang khilaf ini. 
Telah banyak perkataan dan sikapku yang mungkin telah membuatmu kecewa dan kesal terhadapku. 
Karena inilah sahabatmu. 
Hanya seorang manusia lemah yang penuh dengan kekhilafan.

Jangan pernah mengharapkanku sebagai seorang sahabat yang sempurna. 
Jangan pernah mengharapkanku sebagai seorang sahabat tanpa salah. 

Jangan pernah mengharapkanku sebagai seorang sahabat yang selalu ada di sampingmu.

Karena sekali lagi inilah sahabatmu, yang penuh dengan kelalaian..

Aku mohon kepadamu, 
ketika aku jatuh, jangan biarkan dirimu jatuh bersamaku.. 
Aku ingin dirimu tetap berada di atas sana.. 
Sungguh tidak ada niat untuk membuatmu kecewa atas diriku. 
Aku hanya ingin mengatakan yang sejujurnya,
Aku tidak ingin mengulangi kesilapan yg lau. 
Lantas aku mengambil keputusan utk memutuskan pesahabatan kita. 
Inilah aku, seorang manusia yang jauh dari sifat sempurna. 
Tolong, jangan berharap atau bahkan bergantung pada diriku. 
Aku tak bisa memberi apa yang kau inginkan. 
Aku tak bisa menjamin kebahagiaanmu. 
Aku tak bisa terus berada di sampingmu.

Berharaplah pada RABB yang Maha Sempurna. 
Bergantunglah pada RABB yang Maha Agung. 
Kelak kau akan bertambah kuat 
Karena kau telah berpegang teguh pada tali ALLAH yang tak akan pernah putus. 
Tidak seperti putusnya persahabatankita pada hari ini. 
ALLAH yang akan Menguatkanmu. 
ALLAH yang akan Menyokongmu. 
ALLAH yang akan Membantumu. 
ALLAH yang akan Berada di sampingmu. 
ALLAH yang akan Menjamin hidupmu. 
Bukan manusia seperti diriku... 
Aku di sini hanya berdoa supaya drimu beroleh kebahagiaan & kejayaan di dunia & di akhirat..
& ingin aku katakan, 
terima kasih kerana pernah menjadi sahabatku.

Ya RABB, hamba memohon ampunan-Mu. Hamba telah banyak menzalimi orang yang Engkau cintai. Hamba telah banyak mengecewakan orang yang Engkau muliakan.

Sahabat... 
Dengan segala kerendahan hati ini, aku memohon, 
semoga engkau sudi membukakan pintu maaf atas segala kekhilafanku yang telah aku lakukan. 
Tolong maafkan segala kekhilafanku. 
Aku mohon.... Maafkan aku, sahabat....

Maafkan aku sahabat,
Aku tak berupaya mengukuhkan,
Pautan persahabatan kita,
Jalinan terlerai jua,
Lalu jatuh berpecahan.


Maafkan aku sahabat,
Aku tak berupaya mencantumkan,
Pecahan jalinan persahabatan kita,
Kerana pautannya,
Bukan seasli yang dulu..


Entah apa yang kupikirkan saat itu, 
Maafkan aku telah mengatakannya. 
Entah apa yang kupikirkan saat itu, 
Maafkan aku telah melakukannya. 
Entah apa yang kupikirkan saat itu, 
Maafkan aku telah memikirkannya. 
Maafkan aku, sahabat 
Maafkan aku

Kisah Saya dan Awak

Sedar tidak sedar, sudah 3 tahun saya mengenali awak. Tak pernah saya terfikir peristiwa memalukan saya terjatuh ke dalam longkang membuat hati kita bertaut. Terima kasih kepada Allah kerana mentakdirkan saya terjatuh dan terima kasih juga kerana Allah menggerakkan awak untuk mentertawakan saya. Jika tidak, hubungan kita tidak mungkin sampai sejauh ini. Siapa pernah menyangka peristiwa sekecil itu mampu mengikat hati dua insan. Walaupun saya dan awak masing-masing berjauhan, teknologi benar-benar mengikat kita.

Saya sedar, hari demi hari saya semakin menyenangi kehadiran awak dalam hidup saya. Saya bersyukur atas hubungan ini. Bersyukur kerana kita bukanlah seperti pasangan kekasih lain. Awak tidak pernah mengucap kata rindu, apatah lagi kata sayang. Seingat saya sepanjang 3 tahun ini, tidak sampai 5 kali kita bersua muka. Itupun tatkala awak dan keluarga datang beraya ke rumah saya. Saya juga bersyukur ibu bapa kita saling meredhai persahabatan kita. Hari demi hari, kita semakin matang.

Saya semakin mengenali dunia, semakin mendalami ajaran Islam sebenar. Dulu, saya fikir hubungan kita tidak salah. Ya, memang tidak salah dari pandangan mata luar. Namun jujur jauh di sudut hati saya, saya sering merindui awak biarpun tiada siapa antara kita yang pernah melafazkannya. Pernah saya angankan awak menjadi pembimbing keluarga saya kelak. MasyaAllah, begitu jauh saya lalai. Kata-kata seorang teman suatu waktu dulu benar-benar mendorong saya berfikir panjang. “Zina hati sememangnya kelihatan kecil, namun dosanya tetap sama”.

Astaghfirullah…saya beristighfar panjang. Dengan segala kekuatan yang ada, saya katakan kepada awak. “Jangan hubungi saya lagi melainkan awak bersedia mengahwini saya”. Saya sendiri tidak pasti dengan apa yang saya lakukan.

Saya sedar awak pasti kebingungan dengan kata-kata saya kerana antara kita sememangnya tiada yang istimewa. Saya juga sedar hakikatnya, awak juga punya perasaan terhadap saya biarpun awak mebisu seribu bahasa. Hubungan kita terputus begitu sahaja.

Enam bulan berlalu dengan amat sukar bagi saya. Setiap hari saya berdoa semoga Allah permudahkan segala yang terbaik untuk saya, semoga Allah permudahkan jika apa yang saya lakukan benar-benar keranaNya.

Ingin saya katakan, betapa sukar melupakan awak. Dalam kesibukan saya melupakan awak, tiba-tiba saya dikejutkan dengan rombongan peminangan. Andai awak dapat melihat hati saya, pastinya awak tahu betapa terkejutnya saya.

Ya, awak tunaikan permintaan saya.

Awak datang lagi ke rumah saya, tapi kali ini dengan sebentuk cincin. Sekarang saya sudah sah menjadi permaisuri hidup awak. Sekarang saya bebas merindui awak tanpa rasa berdosa, saya bebas berbicara dengan awak tanpa rasa bersalah dan saya bebas menyayangi awak kerana awaklah pembimbing hidup saya.

Terima kasih Allah menghadirkan awak sekali lagi dalam hidup saya.

(Copied From I LUV ISLAM).. mintak izin yer..^___^

La Tahzan..


LA tahzan? ape kene mengena pic ni dgn crite nih?? x faham betul...

Hmmm.... ceritenye camni.... Sorang pempuan ni nme die Mimi. Dulu, dia x lah jahat mana.. Tapi begaul jugak la dgn lelaki.. x la bebas mne. pegang? lagi la x penah. Cume msg2 tu... selalu lah.. Pakaian? pakai tudung.. lengan panjang.... tapi x la lengkap...still ketat2 lagi..

Satu mse ni, dy dapat twaran blaja di U.. Alhamdllah, kawan2nya semua yg baik2.. pakai stokig... pendek kata, alim la..

Atas meja study kawan2nya banyak buku2 pasal agama.. Tentang wanita solehah, aurat, tafsir al-Quran.. Macam2 lagilah.. WAlau macam mana sibuk pun Mimi dgn homework or assignment, dye ttp luangkan masa dy dalam sehari tu tok baca buku2 tu smua.. Ntah kenapa, hati Mimi rase tertarik pulak nak baca buku2 yg sebelum ni dy x pernah terpikir pon nak beli buku2 tu smua bile masuk mana2 kedai buku pon... melainkan, novel cintan-cintun... x kirelah.. BI ke melayu ke..barabis duit pun x pe...

Mimi senang berkawn dgn diorg.. Banyak bende baru yg mimi belajar dari diorg. Malam2, di biik hostelnya, kawan2 mimi slalu mengajak mimi bertadarus Al-Quran dulu sblm tidur.. Mimi yg x biasa lama-kelamaan,jadi amalannye walaupun adakalanya kawan2 Mimi tidak membaca Al-quran, Mimi sorg2 je yg bace..

Mimi rase tenang..... tenang sangat.... rase cam lain, Mimi x pernah rse camni sblm ni..

Lama2, Mimi terasa nak cuba pakai stoking pulak.. Alasan,, nak ikut kawan2.. tapi,pada hakikatnya dia mmg rasa nak sgt pakai stoking dengan niat kerana Allah.. Dia beritahu hasratnya kdp kwn2nya.Kawan2nya sgt srnk malah bg galakkan kpd Mimi..

Mimi berazam, lps ni, dy nak menjaga semua nye.. pakaian.. pergaulan.. tertib.. dan yg paling penting skali, msg dengan lelaki! Ahhh... tu semua perkara yg nak leka kan aku supaya aku rsa dunia ni seronok dan hidup ni hanya sekadar utk EnJoY!!!

Sebab dia pernah membaca satu buku yg mengatakan, walaupun dgn hanya bermsg, kita kan berzina. ha?? hmm.. x.. bukan.. maksudnya, hati kita akan berzina.. mcm membayangkan mcm2 tntg si Dia. Rindulah.. apelah.. Allah pun pernah berfirman, "Janganlah Kamu mendekati zina.." Msg pun adalah salah satu drpd perkara yg mendekati zina.. Dia mengambil keputusan utk m'buang semua no2 telefon kawan2 lelakinya.


Tapi yg menyedihkan Mimi lps tu, ramai kwn2 lelaki Mimi kate yg Mimi skrg dah sombong.. n mcm2lah..
Mula2 Mimi mmg rse sdh sgt.. Tapi nak buat mcm mne.. Ini jalan yg Mimi dah pilih..

Lepastu Mimi dah x kisah dah ape diorg nak ckp.. tapi dalam hati Mimi hanya tuhan je yg tau.. tapi pada mase yg same jugak, hati Mimi rase lbh tenang bile die rse die lbh dekat dgn Allah..

Mmg hidupnya kini x bewarna-warni cam dulu.. penuh dengan gelak ketawa dan usikan dari teman2 lelaki. Kalau merajuk, ade yg nak pujuk.. kalau sakit ade yg tnye kabar dah makan ubat ke belum..Tapi tu semua x bermakna.. Ya, mmg Mimi x menafikan..Tu smua mmg mengasyikkan. Dan Mimi sedar sekarang yg tu smua dosa2 yg penah dia lakukan sblm ni.
stiap lps solat Mimi menangis mengenangkan dosa2nya dan memohon agar diberi petunjuk dan diberi kekuatan utk menghadapi sgala cubaan utk mencapai REDHA ALLAH...


Hidup Mimi sekarang ceria dan lbh teratur dgn adanya kawan2 PEREMPUAN yg selalu membimbingnya.. Mimi bersyukur sgt dimasukkan di U itu dan ditemukan dgn rakan2 seperti teman2nya sekarang.. Pencapaian akademiknya pula semakin meningkat.. Mimi merupakan antara mahasiswa yg paling cemerlang dalam setiap peperiksaan di universitinya..

Mimi sedar, inilah hikmahnya Mimi memilih jalan ini.. Mimi bersyukur ke hadrat ALLAH SWT kerana menemukan jalan ini kpdnya..

p/s: Hidup ni mmg seronok jika kita melakukan perkara2 yg Allah larang..

Sebab??
Sebab syaitan sering menghasut kita utk menghalalkan apa yg haram supaya kite lupa kepada Pencipta kita. Supaya kite trus melakukan dosa.. inilah kerja SYAITAN & IBLIS LAKNATULLAH!!!

NAk melaksanakan suruhanNya mmg cukup byk dugaannya. Sampai adakalanya DIBENCI DAN DIHINA org..

Tapi, Peganglah kpd konsep LA TAHZAN ( jangan bersedih) sebab sayaitan lagi mudah utk menguasai kita dalam keadaan kita sedih, kecewa dan duka.. Nabi Muhammad SAW pun pernah berdoa kpd Allah supaya dijauhkan daripada perasaan sedih..

Lagi banyak dugaan yg kita hadapi, lagi syg ALLAH kepad kita.. LA TAHZAN...=)

Tenang dan sabarlah menghadapi ujian dari ALlah..Ingat ya.. (^_______^)

Semoga Kite semua diredhai ALLah selalu... =)

Nukilanku Buat Sahabat Teristimewa

Bila Pena Sedang Berbicara, Ingin Kuluahkan Rasa Hatiku Kepadamu Yang Bergelar Sahabat Terstimewa...
Wahai sahabat…
Tiada apa yang mampu utk aku ucapkan melainkan kalimah syukur kupanjatkan kepada Allah Kerana telah menghadirkan dirimu dalam hidupku... Terima kasih sahabat kerana menyedarkan aku tatkala mataku kabur dengan keseronokan dunia..

Sahabat…
Aku rindukan nasihat-nasihat mu itu.. Kata-kata lisanmu.. Ibarat hembusan angin yang bisa menenangkan gersang resah dihati ini...

Sahabat…
2 tahun kita menyusuri arus perjuangan ini bersama... Di saat hati ini lemah.. Di saat kaki ini
tidak mampu unuk melangkah.. Kau hulurkan tanganmu tanpa dipinta. Tangan kecilmu menggenggamku dengan penuh semangat.. Dan kau menguatkan kembali tali pautan tekad. Membawaku terus berlayar. Walau badai menanti.. Meskipun ombak menghempas.. Kerana kita punyai matlamat. Agar harapan keluarga yang dibawa bersama.. Tidak tenggelam di tengah lautan perjuangan ini.

Wahai sahabat..
Menitis air mataku mengenangkan helain kenangan yang pernah kita lewati... Ukhuwah ikhlas yang terjalin antara kita, membuatkan kita rasa saling menjaga dan memerlukan... Gelak, tawa, nangis dan hiba kita kongsi bersama...

Sahabat..
Sungguh aku akui... 2 tahun dalam pelayaran ini, memang teramat sakit.. Ada antara kita yang hampir putus asa. Ada antara kita yang menangis tanpa mampu untuk berkata. Namun, kita tetap saling memberi semangat. Agar kia terus kuat, kuat dan kuat lagi! Kerana bagi kita, jangan sesekali ada antara kita yang jatuh.

Wahai sahabatku...
Syukur alamdulillah kupanjatkan kepada YA RABB. Lelah dan setiap titisan air mata dahulu telah terbayar. Kita telah pun hampir sampai ke menara gading.. Bagi meneruskan perjuangan yang lebih mencabar. Untuk mendapatkan sinar yang lebih cerah untuk menerangi hidup kita...

Sahabat..
Walaupun kita tidak lagi mengemudi kapal bersama, jangan sesekali engkau lemah! Teruskan usaha wahai sahabatku! Jika ada antara kita yang terhenti di tengah lautan, pandanglah ke langit.. Bayanglah di saat kita saling mengesat air mata.. Tatkala tangan kita saling menggenggam erat.. Dan ingatlah bahawa Allah sentiasa ada bersamamu.. Agar kau tersedar dan lebih kuat untuk terus mengemudi dan menyusuri perjuanganmu itu..

Sahabat..
Bisakah kutemui teman sepertimu? Yang sanggup menghulurkan tangan di saat aku jatuh tersungkur?
Mengelap air mataku di saat aku hiba dan duka?

Ya Allah.Hanya padaMu aku bermohon. Peliharalah ukhuwah antara kami. Peliharalah tiap satu dari kami. Agar iman kami tidak goyah di saat kami memperjuangan ilmu dan dunia Mu. Jadikanlah kami antara hambaMu yang Engkau redhai.agar ukhrawi tidak kami ketepi. Agar kejayaan yang kami hajati kau sulami dengan keberkatan.

Dituju khas buat sahabat-sahabat ku yang teristimewa~
 Nur Aziera bt Suhaimi
Izah bt Othaman

Azlia
Nur Amelia Syahirah bt Jafri

Teringin Untukku Lafazkan Cintaku Padamu..

Hati ini resah.. Semakin gelisah.. 
Rinduku padamu semakin menggunung..  
Walaupun perasaan ini seperti ingin ku luahkan kepada dunia, 
namun.. hakikatnya, 
ia sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. 
Hanya sekeping hati yang paling hampir dengan perasaan yang memahami dan mengerti perasaan ku ini.
Namamu telah ku ukir dan sematkan dalam hati. 
Walaupun kita tidak pernah berbual... 
apatah lagi saling menatap wajah, 
namun perasaan rindu dan cinta ini sudah cukup kuat 
walaupun dengan hanya mendengar dan mengetahui sikap peribadi mu yang cukup sempurna.  
Bagiku, dirimu tiada pengganti..
Alangkah bahagianya jika dapat ku harungi liku-liku hidup ku ini bersama-sama dengan dirimu. 
Agar kau boleh memaut erat tanganku dari jatuh ke lurah kejahilan. 
Supaya kau bisa memimpin jalanku menuju redha Allah yang satu.. 
Hatiku meruntun sayu, aku pasrah, aku redha.. 
Cukup terharu mengucap syukur.  
Walaupun kini engkau tiada di sisiku, 
namun engkau sentiasa menyayangi diri ini..

InsyaAllah, akan ku pegang semua amanah yang kau tinggalkan buat diriku. 
Akan aku cuba sedaya-upaya untuk tidak mengecewakan dirimu. 
Akan sentiasa ku basahkan lidahku dengan menyebut namamu. 
Kerana kalimah 'Ummati' yang kau lafazkan di hujung nyawamu, cukup menusuk jantung hatiku. Dan menyedarkan aku betapa tinggi dan mulianya kasih sayangmu padaku.
 
Ya Allah, tolonglah hambamu ini..
Temukanlah aku dengannya di SyurgaMu. Kabulkanlah permintaanku untuk aku menatap wajahnya. Dan inzinkanlah aku untuk melafazkan kasihku padanya.
Sungguh, sudah tidak tetanggung rasanya rinduku ini kepada kekasihMu itu..
Ya Rasulullah, doakan diriku yang lemah ini tabah berjuang di dunia akhir zaman yang pernah engkau risaukan dahulu...