Friday, 22 July 2011

Teringin Untukku Lafazkan Cintaku Padamu..

Hati ini resah.. Semakin gelisah.. 
Rinduku padamu semakin menggunung..  
Walaupun perasaan ini seperti ingin ku luahkan kepada dunia, 
namun.. hakikatnya, 
ia sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. 
Hanya sekeping hati yang paling hampir dengan perasaan yang memahami dan mengerti perasaan ku ini.
Namamu telah ku ukir dan sematkan dalam hati. 
Walaupun kita tidak pernah berbual... 
apatah lagi saling menatap wajah, 
namun perasaan rindu dan cinta ini sudah cukup kuat 
walaupun dengan hanya mendengar dan mengetahui sikap peribadi mu yang cukup sempurna.  
Bagiku, dirimu tiada pengganti..
Alangkah bahagianya jika dapat ku harungi liku-liku hidup ku ini bersama-sama dengan dirimu. 
Agar kau boleh memaut erat tanganku dari jatuh ke lurah kejahilan. 
Supaya kau bisa memimpin jalanku menuju redha Allah yang satu.. 
Hatiku meruntun sayu, aku pasrah, aku redha.. 
Cukup terharu mengucap syukur.  
Walaupun kini engkau tiada di sisiku, 
namun engkau sentiasa menyayangi diri ini..

InsyaAllah, akan ku pegang semua amanah yang kau tinggalkan buat diriku. 
Akan aku cuba sedaya-upaya untuk tidak mengecewakan dirimu. 
Akan sentiasa ku basahkan lidahku dengan menyebut namamu. 
Kerana kalimah 'Ummati' yang kau lafazkan di hujung nyawamu, cukup menusuk jantung hatiku. Dan menyedarkan aku betapa tinggi dan mulianya kasih sayangmu padaku.
 
Ya Allah, tolonglah hambamu ini..
Temukanlah aku dengannya di SyurgaMu. Kabulkanlah permintaanku untuk aku menatap wajahnya. Dan inzinkanlah aku untuk melafazkan kasihku padanya.
Sungguh, sudah tidak tetanggung rasanya rinduku ini kepada kekasihMu itu..
Ya Rasulullah, doakan diriku yang lemah ini tabah berjuang di dunia akhir zaman yang pernah engkau risaukan dahulu...

No comments:

Post a Comment