Friday 12 October 2012

Ya Allah, kenapa Engkau jadikan Aku?

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, yang memberikan nikmat yang tak dapat aku huraikan satu persatu di sini. TERLALU BANYAK. Tidak dapat dihujahkan lagi, bahawa dialah yang Maha Pemurah. Tanpa diminta, jantung terus bekerja mengepam darah ke seluruh tubuh badan. Tanpa diminta juga, lungs continuously absorb oxygen inhaled by the nasal and transport it to all the tissues in each part of the body. Tanpa mengecualikan walau satu cell pun. Tubuh badan yang bebas bergerak. Tanpa perlu diberitahu dahulu, "kaki, sila angkat. Tuan kamu nak berjalan ni!" atau tiba-tiba tubuh badan merajuk, mogok tak mahu bergerak. Perlu pujuk baik-baik dulu, barulah boleh bejalan atau goyangkan tangan.  Hmm.. tapi semuanya di controlled oleh jabatan nervous system yang mendengar arahan daripada Penciptanya. Pada malam hari pula, Dia rehatkan kita dengan tidur yang nyenyak. Nyaman dengan kipas dan pendingin hawa. Dan bermacam-macam nikmat lagilah yg kita tak sedar. 

   Tapi kita tak pernah kisah dan tak mahu ambil tahu kenapa Allah berikan kita semua nikmat ini. Terutama sekali, nikmat IMAN dan ISLAM. Kita terus leka dengan urusan dunia. Yang tak pernah-pernah-pernah selesai. Yang sangat meletihkan tapi kita seronok je dengan dunia, kan? Nak tau sebab apa? Sebaabbb....
Syaitan sedang memperdayakan kita. Dia menghiasi setiap perkara buruk yang kita lakukan sehingga perkara yg kita lakukan itu kelihatan sangat asyik dan indah. 
"...pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari jalanMu yang lurus, kemudian pasti aku mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur" (al-A'raf : 16-17)
Justeru, kita pun lupa. Terus berjalan di atas muka bumi ini seolah-olah tiada yang Melihat dan tidak risaukan tempat kembali kia yang kekal di akhirat nanti. Terus berseronok dan sibuk dengan urusan dunia.

Jadi, apa sebabnya Allah jadikan kita kat muka bumi ni? Free-free bagi kita segala nikmat yg tak terkira?
Alhamdulillah, kalau terbit di minda dan hati para pembaca akan soalan2 di atas (walau yg sama waktu dengannya). Walau hakikatnya kita semua dah tahu sebabnya, kerana kita telah pun berjanji dengan Allah setelah roh kita ditiupkan di dalam rahim ibu kita suatu ketika dahulu. ha, sekarang, jom ingat semula, apa dia. (^_^)
"Dan ingatlah ketika Tuhanmu Berfirman kepada para malaikat,"Aku ingin menjadikan Khalifah di atas muka bumi". Mereka berkata, "Apakah Engkau ingin menjadikan org yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMU dan mensucikan namaMU?". Dia berfirman, "Sungguh, aku Mengetahui apa yang kamu tidak ketahui". (al-baqarah : 30)
"Aku tidak Menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku". (adz-Dzariyat-56)
Konklusinya, ALLAH menghidupkan kita ke atas muka bumi ini hanyalah untuk menjadi seorang Khalifah dan Abid (beribadah). 

tak jelas dengan maksud khalifah? Maksud ringkasnya adalah memakmurkan bumi, dengan pemerintahan Islam. Di sinilah kita perlu menjalankan tugas wajib kita sebagai khalifah, iaitu amar makruf nahi mungkar. Saling berpesan-pesan ke arah kebaikan, dan berpesan-pesan jugak untuk meninggalkan kajahatan. Membantu sedaya mungkin umat-umat Islam yang sedang ditindas oleh kaum kafir (walaupun dengan doa),  juga bekerja bersama-sama hamba-hamba Allah yang lain yang sedang berusaha menaikkan kembali panji Islam dan mendaulatkan kembali kalimah LAILLAHAILLALLAH di atas muka bumi ini.
Bunyi macam susah kan? Tapi kemanisan setelah bekerja keras untuk agama Allah yg suci ini, melangkaui segalanya. Hanya hati yang pernah melaluinya sahaja akan dapat menikmati kemanisannya.

Abid pula? ha, Allah menjadikan manusia untuk beribadah kepada Dia. Bukannya kita perlu solat, dan setiap saat berada di atas sejadah sambil pegang tasbih dan solat serta membaca al-Quran. Allah pun suruh kita jangan tinggalkan dunia. Tetapi setelah kita mengutamakan akhirat.

Selalu kita kata, " Study study jugak, kerja kerja jugak, solat jangan lupa!" Betapa manusia dah di mindset kan untuk mengutamakan dunia dahulu baru akhirat. Cuba kalau kita tukar sikit ayat tu jadi, " Solat solat jugak, study, kerja jangan lupa". Ha, itulah yg sepatutnya kan? ^_^
So kita perlu "BIASAKAN YANG BETUL DAN BETULKAN YANG BIASA". 
Berbalik semula kepada Abid tadi, kita jangan lupa yang setiap pekerjaan kita pun boleh dijadikan sebagai ibadah, dgn syarat diniatkan kerana Allah dan Rasulnya (rujuk Hadis pertama dalam hadis Arba'in untuk keterangan lanjut mengenai niat).Contoh, pakai baju, berjalan ke dewan kuliah, buat assignments, senyum, pakai tudung, stokin, aiihh.. semualah! Atau, bukan sahaja belajar Fiqh, Al-Quran Sunnah, tapi belajar Dentistry, Medicine, Engineering, Account semuanya boleh jadi ibadah. Banyaknya pahala bonus yg Allah dah sediakan untuk kita. Kita sahaja yg pandang sebelah mata, dan kadang-kadang tak nak pandang pun. Siap tutup-tutup mata lagi. Ruginya kita... TApi, bila dah nampak dan buat, cuba sedaya upaya untuk ikhlaskan hati dan betulkan niat selalu, ok? Supaya kita tak terlari dari track yg sepatutnya, hingga terikut konco-konco syaitan yg selalu saja jealous dengan 'penghijrahan' kita.


InsyaAllah, itu sahaja kot yang dapat diri yang serba lemah ini menulis kali ini. Biar sikit, tetapi muntij. InshaAllah. Semoga pembaca dan terutama sekali diri yang menulis ini, dapat beramal dengan sedikit perkongsian kali ini. Istiqomah itu sangaaatt susaahhh... kalau ianya senang macam makan kacang yang sudah siap dibukakan kulitnya, pasti ramaaaaaaaaaaamai berpusu-pusu mencubanya dan tentu sekali berjaya! Siapa yang tak dapat makan kacang tu? (orang yang sakit gigi atau ada masalah dengan giginya serta baby yang masih belum dibenarkan makan makanan keras dikecualikan).Tapi, istiqomah ni macam nak dapatkan santan dari sebiji kelapa. Kulitnya perlu dibuka, tempurungnya perlu di belah, isinya perlu diparut, hasil parutannya perlu pula diramas. Barulah dapat santannya. Tapi, hasilnya, kalau masak gulai lemak sotong, kari ayam, pengat pisang dan macam-macam lagi. Uiihhh.... SEDAPNYAA!!! ha, macam tu lah istiqomah, perlukan banyak MUJAHADAH. Walaupun sukar, tetapi, selalulah fikirkan MANISNYA SYURGA dan GERUNNYA NERAKA. Wallahualam. Selamat beramal.^_^


4 comments:

  1. salam ayu
    singga jenguk blog ayu
    nice blog :)
    moga trus menulis untuk mbina ummah.
    -reen-

    ReplyDelete
  2. Salam ayu. Jzkk. Akak ada masalah gigi. Btw good job. Wassalam

    ReplyDelete
  3. waalaikumsalam reen.. insyaAllah, doakan... :)

    ReplyDelete
  4. Kak Fatimah... sakit gigi? ayu x belajar lagi nak rawat gigi org.. ^_^, ayu doakan akak cepat sembuh k.. ?
    wassalam sang Murabbi.. <3 <3 <3 ^_^

    ReplyDelete