Saturday 27 August 2011

Pengalaman yang Sangat Bermakna

   Alhamdulillah.. Berpeluang juga akhirnya untuk aku memenuhi pinta pena ini..
Pertamanya Syukur kepada Allah dan selawat serta salam buat junjungan besar, penghulu sekalian Nabi Rasulullah saw dan sejahterlah juga buat para sahabat baginda, mujahid mujahidah yang istiqomah berjuangmenyebarkan aga Islam asalnya daripada sekelompok kecil hingga ke seluruh dunia hingga ke hari ini..
   Kali ini, pena tidak bermata ini ingin menceritakan mengenai pengalaman aku pada hari sabtu yang lepas, bersamaan dengan 20 Ramadhan tahun ini. Kak Ain merangkap kakak usrah aku mengajak aku dan adik beradik usrah aku yang lain untuk iktikaf di Masjid Wilayah. Sebelum kami ke masjid tersebut, kami diberitahu oleh Kak Ain bahawa Kak Ain akan membawa kami ke KLIA untuk menghantar 10 orang Hamba ALLAH dari jemaah IKRAM dan Aqsa Syariff bagi menyahut seruan jihad untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke GAZA, PALESTIN, bumi para anbiya.


  Setibanya kami di KLIA, diberitahu bahawa kami tidak punya masa yang lama untuk berjumpa dengan mereka. Kami berjalan dengan sangat pantas dan ada juga yang berlari demi ingin melihat pejuang-pejuang Allah itu. Alhamdulillah, dengan izin Allah kami berkesempatan untuk bertemu dengan mereka. Sejurus setelah itu, bacaan doa dibacakan olehUstaz Hasanuddin. Sayu, sebak hati ini mendengar setiap baris doa yang dipohon.

  Salah seorang akhawat yang menyertai bantuan kemanusiaan yang saya kenal adalah Kak Shima. Kak Shima nampak tabah. Kata-katanya kepada kawan-kawan yang tinggal. "kalau Shima x ada nanti tlg jagakan keluarga Shima ye.."

  Subhanallah, sampai begitu sekali mind set Kak Shima. Mind set nya hanya untuk syahid di jalan Allah..  Semoga kesemua pejuang-pejuang Allah itu kembali dengan selamat ke Malaysia. Dan andai ditakdirkan yang sebaliknya, moga Allah tempatkan mereka bersama hamba-hambaNya yang beriman. Amin..

Palestine will be free!!!





Monday 15 August 2011

Berbicara Tentang Hati

.
Mungkin sudah ramai yang sudah bercerita tentang hati..Hati bersih,hati kotor,naluri hati...Tetapi kali ini aku mahu menyingkap sendiri tentangnya...mungkin tidak menjadi bekas pada mana-mana hati tetapi biarlah tinta ini menjadi peringatan buat a sendiri.Terkadang kita selalu "brain wash" hati-hati orang lain akan tetapi kita terlupa untuk "brain wash" hati sendiri.Sibuk dengan urusan dunia seringkali kita terlupa seketul hati yang berada di dalam tubuh itu juga perlu dicuci sebagaimana kita merasakan pentingnya menjaga kebersihan fizikal.Mandilah 5 atau 6 kali sehari pun jika sekutul hati dalam jasad itu tidak bersih bernilaikah amal kita di sisi Allah??


Seketul hati meski di dalam jasad kita tetapi ia bukanlah milik kita.Tetapi ia milik Allah.Dan setiap sesuatu yang menjadi milik Allah itu adalah berupa barang pinjaman semata-mata.Sekelip mata Dia bisa mengambil kembali hakNya.Maka tidak mustahil hati yang bersih boleh menjadi kotor dan hati yang kotor boleh menjadi bersih dengan kekuasaanNya.Usah sombong usah bongkak jika hari ini ada insan yang memuji kita baik.Usah cepat melatah dengan pujian orang.Baik buruk diri kita adalah dengan izin Allah jua.Saat diri dipuji jangan lupa untuk mengembalikan pujian itu kembali pada Allah. 
 
Teringat satu kata-kata..."kita ini hanyalah hamba.tak layak pun bagi kita sebenarnya untuk menerima pujian.Yang berhak menerima pujian itu hanyalah Allah." Bila mana diri dipuji cepat-cepatlah kembalikan hati itu pada Allah.Seberapa pantas bertindaklah menyedarkan diri serta beristighfar bahawa kita ini hanyalah hamba.Untung nasib di sana tidak kita ketahui natijahnya.Hadirkanlah rasa kerdilnya seorang hamba lalu tanyalah pada diri, layakkah aku untuk menerima pujian itu??


Seketul hati...hanya sebahagian kecil anggota tubuh kita tetapi di situlah menyimpan pelbagai cerita.Cerita-cerita daripada episod kehidupan.Ujian,cabaran,dugaan,suka duka, tawa gembira, keluh kesah, sakit derita, cinta, kasih sayang mahupun benci...di situlah permulaannya kita merasa dan menyimpan cerita di sebaliknya.
HATI sebagai raja, akal sebagai penasihat bendahara, dan tubuh sebagai bala tentera.
 
Citera yang menuntut kita mencari solusi buat mengawal hati agar berbahagia dan merasa tenang di sisi Allah.Berbahagia dan merasa tenang di sisi Allah...yakni kita yakin dan percaya bahawa segalanya boleh diatasi dengan izin Allah.Saat hati dilanda gundah wajah masih bisa mengukir senyum.Senyum yang bukan dibuat-buat tetapi rekahan senyuman yang bermula dari hati seterusnya terzahir pada wajah atas dasar yakin dan percaya pada percaturan Allah.Apabila diri disakiti hati mudah memaafkan,apabila dilukai hati masih gembira mengukir senyum...bukan mudah mahu melaksanakannya.Bukan mudah mahu berfikiran positif pada sesuatu perkara yang amat menyakitkan.Tetapi itulah cerita kehidupan.


Tidak Allah hadirkan ujian itu sebagai sesuatu yang sia-sia melainkan mahu mendidik hati dan jiwa kita agar kembali kepadaNya.Saat insan lain dibiarkan sepi tanpa cahaya Dia memilih hati-hati kita untuk diberikan sedikit ujian.Tidak lain dan tidak bukan Dia sebenarnya mahu kita bersamaNya.Keluh kesah, sakit derita pada Dia kita adukan.Riang gembira tertawa ceria pada Dia kita panjatkan kesyukuran.Tidak berbahagiakah kita pada pilihan ini? 

Hati ini milik Allah.Usah kita merasa terlalu senang dan tenang bila mana mudahnya melakukan amal kebaikan.Selalu harus dikemaskini..disemak niat kita adakah telah kita berbuat sesuatu itu kerana Allah? Bimbang...jika amal itu tertolak kerna dalam hati masih menyimpan sekelumit mahupun sebesar zarah perasaan riak,takbur dan ujub dengan amal kebaikan tersebut.Jika di dunia telah tertolak satu per satu lalu bagaimana bekal yang mahu kita bertemu denganNya di padang masyar kelak?? Di alam barzakh siapakah yang bisa membantu kita menjawab soalan-soalan Malaikat Mungkar dan Nakir jika segalanya telah terhapus tika di dunia??

 
  Moga-moga menjadi ruang muhasabah bersama dalam meniti cinta Rabbi meraih redhaNya di dunia dan akhirat.Tiada manusia yang tidak melakukan kesilapan pada hayatnya.Dan apabila hati itu telah Allah sentuh dengan hidayahNya maka bersyukurlah dan berusahalah kita untuk menjaga hati kita dengan sebaik-baiknya.Kita tidak akan mampu menjadi insan sempurna tetapi berusaha dan terus berusaha mencipta masa depan demi kebahagiaan hidup akhirat yang kita harapkan.
 
" Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu yang menciptakan segalanya,yang menimpakan ujian,yang menjadikan sakit hatimu,yang membuatkan keinginanmu terhalang,menyusahkan hidupmu pasti akan damailah hatimu kerana masakan sengaja Allah mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia.bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu,retaknya hatimu tapi mungkin itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk didekati dan akrab denganNya..."


Alhamdulillah...tinta pena tidak berdakwat ini bakal terhenti. Terima kasih Ya Allah kerna telah mengizinkan ruang ini untukku berkongsi rasa...Segala Puji Bagi Mu Ya Allah...

Ya Allah...bantulah hambaMu ini untuk menulis dengan hati yang ikhlas hanya keranaMu. Mudah-mudahan dari hati yang bersih itu akan mampu menyentuh hati yang berkeinginan pada sesuatu yang lebih bersih...insyaAllah....Amin Ya Rabb...


Wassalam buat para tetamu pilihan Allah....moga dengan rahmat Allah akan membuka hatimu dan hatiku untuk lebih mencintai ALLAH...(。◕‿◕。)
 

Thursday 11 August 2011

Besyukur Atas Segala KetentuanNYA

Add caption
   Segala puji bagi Allah serta selawat dan salam atas junjungan besar Rasulullah saw serta keluarga dan para sahabat baginda yang istiqomah berjuang menyebarkan Islam sehingga kita dapat merasai nikmat Iman dan Islam hingga ke hari ini.

Alhamdulillah.. Hari ni dah pun keluar result AS Cambridge A-level (A2 pun sekali). Macam-macam reaksi  orang aku dapat tengok. Ada yang sambut kejayaan dengan menjerit sambil peluk-peluk kawan, ada yang menagis terharu, ada yang balik rumah terus sujud syukur. Tak dinafikan, ada jugak yang kecewa dan menangis dengan keputusan yang diterima. 

Alhamdulillah, Allah takdirkan aku lepas. Lumrah manusia pasti nak yang lebih baik daripada yang dah ada depan mata. Tak pernah nak rasa puas dengan rezeki yang Allah berikan. Aku pun pada mulanya macam tu. Tapi bila aku muhasabah balik, BODOHNYA AKU! Menyesal sangat..
Cukuplah, moga ini yang terbaik buat aku, keluarga aku, dan agama aku dunia akhirat.

Saat dilanda ujian dan dugaan, kita bertempik kecewa.
Tika cubaan datang, serasa sesak dada hingga berprasangka buruk kepada Tuhan.
Tatkala dihempit derita, kita menangis sambil meratapi kesedihan yang melanda.
Bahkan saat itu, kita lupa tentang kalimah ‘sabar’ dan ‘redha’. Kita juga lupa bahawa kita ada Allah Yang Maha Esa. Kita tidak menyakini bahawa dengan kehadiran ujian itu, sebenarnya adalah cubaan yang Allah SWT turunkan buat menguji sejauh mana keimanan hamba-hambaNya.

Bukankah Allah SWT telah mengkhabarkan kepada kita tentang ujian dan cubaan buat orang-orang beriman?
 Aku tertarik dengan beberapa potongan ayat  dari surat cinta Allah

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).” (Al-Baqarah: 214)

“Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.” (Az-Zumar: 10)

Kita selalu marah-marah pada Pencipta bila letih menerima cubaan, hingga ada yang sanggup mencaci-maki bagai orang gila yang tidak berpedoman. Kita menyalahkan Allah SWT, menyalahkan takdir, menyalahkan qadar ketentuan Ilahi tanpa menggunakan neraca iman dan ilmu. Kita tidak lagi memandang akan hikmah tersembunyi.
Lantas, kekecewaan bersalut dosa terus membelenggu diri, merantai jiwa hingga tertutup pintu hati kepada sebuah kebenaran. Nauzubillahhi minzalik.

  
Akhir kata, tahniah kepada semua kawan-kawan yang berjaya. dan kepada yang lain, masih belum terlambat lagi untuk kita smua berusaha. InsyaAllah, PASTI ada hikmah disbalik ketentuan Allah ini. 

Monday 1 August 2011

Teringat Kenangan Lama

KEM *****

mathurat lepas subuh kat tepi pantai..

Rindu pula tiba-tiba tengok gambar2 kem nie.. Hope ukhwah kita semua berkekalan selamanya..
Kepada faci2 (anasir..hehe) terima kasih banyak-banyak.. Sayang semua FILLAH!!! (^_^)



briefing game PERANG dari kak TINA

Respon dari permainan

sandal siape nie..(^_^)





Permandangan sunset...