Saturday, 27 August 2011

Pengalaman yang Sangat Bermakna

   Alhamdulillah.. Berpeluang juga akhirnya untuk aku memenuhi pinta pena ini..
Pertamanya Syukur kepada Allah dan selawat serta salam buat junjungan besar, penghulu sekalian Nabi Rasulullah saw dan sejahterlah juga buat para sahabat baginda, mujahid mujahidah yang istiqomah berjuangmenyebarkan aga Islam asalnya daripada sekelompok kecil hingga ke seluruh dunia hingga ke hari ini..
   Kali ini, pena tidak bermata ini ingin menceritakan mengenai pengalaman aku pada hari sabtu yang lepas, bersamaan dengan 20 Ramadhan tahun ini. Kak Ain merangkap kakak usrah aku mengajak aku dan adik beradik usrah aku yang lain untuk iktikaf di Masjid Wilayah. Sebelum kami ke masjid tersebut, kami diberitahu oleh Kak Ain bahawa Kak Ain akan membawa kami ke KLIA untuk menghantar 10 orang Hamba ALLAH dari jemaah IKRAM dan Aqsa Syariff bagi menyahut seruan jihad untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke GAZA, PALESTIN, bumi para anbiya.


  Setibanya kami di KLIA, diberitahu bahawa kami tidak punya masa yang lama untuk berjumpa dengan mereka. Kami berjalan dengan sangat pantas dan ada juga yang berlari demi ingin melihat pejuang-pejuang Allah itu. Alhamdulillah, dengan izin Allah kami berkesempatan untuk bertemu dengan mereka. Sejurus setelah itu, bacaan doa dibacakan olehUstaz Hasanuddin. Sayu, sebak hati ini mendengar setiap baris doa yang dipohon.

  Salah seorang akhawat yang menyertai bantuan kemanusiaan yang saya kenal adalah Kak Shima. Kak Shima nampak tabah. Kata-katanya kepada kawan-kawan yang tinggal. "kalau Shima x ada nanti tlg jagakan keluarga Shima ye.."

  Subhanallah, sampai begitu sekali mind set Kak Shima. Mind set nya hanya untuk syahid di jalan Allah..  Semoga kesemua pejuang-pejuang Allah itu kembali dengan selamat ke Malaysia. Dan andai ditakdirkan yang sebaliknya, moga Allah tempatkan mereka bersama hamba-hambaNya yang beriman. Amin..

Palestine will be free!!!





No comments:

Post a Comment