Thursday, 11 August 2011

Besyukur Atas Segala KetentuanNYA

Add caption
   Segala puji bagi Allah serta selawat dan salam atas junjungan besar Rasulullah saw serta keluarga dan para sahabat baginda yang istiqomah berjuang menyebarkan Islam sehingga kita dapat merasai nikmat Iman dan Islam hingga ke hari ini.

Alhamdulillah.. Hari ni dah pun keluar result AS Cambridge A-level (A2 pun sekali). Macam-macam reaksi  orang aku dapat tengok. Ada yang sambut kejayaan dengan menjerit sambil peluk-peluk kawan, ada yang menagis terharu, ada yang balik rumah terus sujud syukur. Tak dinafikan, ada jugak yang kecewa dan menangis dengan keputusan yang diterima. 

Alhamdulillah, Allah takdirkan aku lepas. Lumrah manusia pasti nak yang lebih baik daripada yang dah ada depan mata. Tak pernah nak rasa puas dengan rezeki yang Allah berikan. Aku pun pada mulanya macam tu. Tapi bila aku muhasabah balik, BODOHNYA AKU! Menyesal sangat..
Cukuplah, moga ini yang terbaik buat aku, keluarga aku, dan agama aku dunia akhirat.

Saat dilanda ujian dan dugaan, kita bertempik kecewa.
Tika cubaan datang, serasa sesak dada hingga berprasangka buruk kepada Tuhan.
Tatkala dihempit derita, kita menangis sambil meratapi kesedihan yang melanda.
Bahkan saat itu, kita lupa tentang kalimah ‘sabar’ dan ‘redha’. Kita juga lupa bahawa kita ada Allah Yang Maha Esa. Kita tidak menyakini bahawa dengan kehadiran ujian itu, sebenarnya adalah cubaan yang Allah SWT turunkan buat menguji sejauh mana keimanan hamba-hambaNya.

Bukankah Allah SWT telah mengkhabarkan kepada kita tentang ujian dan cubaan buat orang-orang beriman?
 Aku tertarik dengan beberapa potongan ayat  dari surat cinta Allah

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).” (Al-Baqarah: 214)

“Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.” (Az-Zumar: 10)

Kita selalu marah-marah pada Pencipta bila letih menerima cubaan, hingga ada yang sanggup mencaci-maki bagai orang gila yang tidak berpedoman. Kita menyalahkan Allah SWT, menyalahkan takdir, menyalahkan qadar ketentuan Ilahi tanpa menggunakan neraca iman dan ilmu. Kita tidak lagi memandang akan hikmah tersembunyi.
Lantas, kekecewaan bersalut dosa terus membelenggu diri, merantai jiwa hingga tertutup pintu hati kepada sebuah kebenaran. Nauzubillahhi minzalik.

  
Akhir kata, tahniah kepada semua kawan-kawan yang berjaya. dan kepada yang lain, masih belum terlambat lagi untuk kita smua berusaha. InsyaAllah, PASTI ada hikmah disbalik ketentuan Allah ini. 

2 comments:

  1. mmg susah utk bersabar bila ditimpa ujian..
    tp lg susah utk bersyukur pabila dikurnia nikmat...


    tahniah...

    ReplyDelete
  2. stuju sangat..
    alhamdulillah, tahniah jgk..

    ReplyDelete