Tuesday 31 July 2012

Hati ke Hati


Hijaunya alam, kuharap hatiku setenangnya.
Burung-burung menari-nari dengan irama siulannya.
Kuharap, hatiku menari girang bersamanya.
Subhanallah, hebatnya PersembahanMu Ya Allah.
Tetapi, mengapa ia tidak seperti yang kuharapkan?
Alam seperti tidak mahu menyambut kehadiranku.
Ikan-ikan tampak riang walaupun ia terpaksa melawan arus.
Tetapi aku? Hanyut.. Berenang mengikut arus air mata ini.

 ***
Hampir kesemua kawan-kawanku akan berhijrah, meneruskan perjalanan di atas Bumi milik Allah ini. Bagi meneruskan amanat yang besar iaitu melanjutkan pengajian ke India, Indonesia, dan Czech Republik tidak lama lagi. Begitu juga ke university-universiti tempatan di Malaysia. Namun, aku tahu, masing-masing sedar bahawa kami ada misi dan amanat yang lebih besar. Iaitu amanat daripada Allah, untuk menyuburkan bumi Allah ini dengan menabur benih-benih Dakwah hingga tertegaknya panji ISLAM di atas muka bumi ini.

***

Bagiku, akhawatku bukan sahaja teman, namun mereka umpama ibu bapa yang sentiasa mengambil berat akan diriku dikala aku jauh dengan keluarga. Di kala aku sakit, dikala aku hampir berputus asa. Yang sentiasa mengejutkan aku setiap kali aku terlena dibuai mimpi hingga aku kembali semula kepada Sang Pencipta.

Istimewanya hubungan ini. Hebatnya tali Ukhuwah yang dihadiahkan olehMu duhai Allah. Engkau telah mempertemukan kami di KTT atas dasar menuntut ilmu. Namun, pada sudut kaca mata hikmah, Engkau telah mempertemukan kami atas dasar Iman dan Islam. Kami berkasih sayang keranaMU Ya Allah. Semua ini kami rasakan dengan satu lagi pertemuan yang Engkau Takdirkan.

"USRAH"


Ya, Engkau Mentakdirkan kami untuk duduk di dalam satu bulatan gembira yang besar. Yang sangat OSEM. Jika dahulu kami memanggil dengan panggilan, “ Hye Fatin!”, Nmun kini sudah berubah menjadi, “ Hye ukht Fatin,… akhawat, murabbi, mutarabbi, mad’u dan sebagainya. Sungguh, tiada apa dengan panggilan tersebut, namun apabila kami menggunakannya, kami dapat rasakan persaan istimewa dalam hati. Mungkin kerana itu adalah bahasa al-Quran.

***
Jika dahulu kami memujuk sahabat-sahabat kami dengan keluar belanja minum, namun kini kami memujuk akhawat-akhawat kami dengan AyAt-AyAt CiNtA dari Mu.
“Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang”
 “Dan sekiranya kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah, Sungguh, Allah menyintai orang-orang yang bertawakal”
 “dan janganlah kamu berasa lemah, dan jagan pula kamu bersedih hati, kerana kamu paling tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriman”

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti jujak langkah syaitan….”
Dan macam-macam ayat lagi yang kami petik dari surat cintaMu.

Jika dahulu apabila berjauhan,kami selalu bertanya, “Eh, kau dah tengok cite yang baru keluar wayang minggu lepas?” Namun kini, kami bertanya, “ Apa khabar iman, sihat tak? Mutaba’ah amal complete?”

Jika dahulu kami, “eeii.. ni cawan aku lah.. meh aku amikkan kau cawan yang lain,eh?” Namun kini, kami, “berapa dulang nak hidang ni?” kami dah boleh berkongsi hampir segalanya dengan akhawat kami seperti makan sedulang. Sampaikan kadang-kadang tu, “ Rindunya nak makan dalam dulang. Tak best la makan dalam pinggan sorang-sorang..” Kerana kami tahu, itu sunnah rasulMu.

Jika dahulu, “ hishh… junior ni, tak suka betullah. Nampak semacam je, kalau diorang tak ada kan bagus!” namun kini, “Assalamualaikum adik.. free tak weekend ni? Jom buat bulatan gembira kat luar? Kita pergi Taman Botani, kita rehlah sama-sama nak? Transport, makan semua jangan risau. Akak-akak akan uruskan, adik-adik just bawa jasad, hati, ruh dan terjemahan al-Quran bersama-sama dengan Hadith Arba’in yang cute tu k?” kini kami pantang nampak adik-adik, terus mulakan langkah tuk menyambungkan lagi tali tautan ukhuwah. Sambil-sambil menyelam, mencari mad’u baru.

Jika dahulu study, family, kawan-kawan dan entertainment menjadi misi terbesar yang merupakan segala-galanya dalam hidup kami. Namun kini, Islam adalah misi kami. Yang akan menggabungkan segala-gala yang ingin kami kecapi dahulu. Selari dengan apa yang telah digariskan oleh syariat.

Jika dahulu kami selalu berkasar dan berkecil hati dengan kerenah semua orang. Namun kini, kami sudah pandai berlapang dada, menerima kesalahan akhawat-akhawat kami, memaafkan dan bermuhasabah diri.

Jika dahulu kami tidak mempunyai kebolehan menyampaikan dan “bercakap”, namun kini kami berupaya bercerita kisah-kisah nabi, share hadith-hadith rasulullah dan berkongsi ayat-ayat Allah yang tersentuh dihati( macam kenal je ayat ni..(^_^))

Begitu besar nikmat ukhuwah yang telah Engkau berikan kepada kami.  Berkat yang Engkau sulamkan antara simpulan tautan ukhuwah ini, dapat kami rasakan. Segala puji bagiMu Ya Allah.

Ya Allah, aku mohon kepadaMu.
Peliharalah setiap satu antara kami. Izinkan hati-hati ini sentiasa tertaut atas dasar kasih dan cinta kepadaMU. Jadikan setiap langkah kami ini sebagai satu jihad dalam memikul amanah daripadaMu. Redhailah kami, Rahmatilah kami. Walau kami dipisahkan oleh jarak dan waktu, walau kami tidak diizinkan untuk ketemu di dunia ini, izinkan untuk kami bertemu semula di JannahMu. Amiinn..

Semoga kita semua ingat ayat- cinta dari Allah ni walau ke mana sahaja kaki melangkah.


“Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan juhad yang sebenar-benarnya. Dia telah memiliih kamu dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama. (Ikutilah) agama nenek moyangmu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamakan kamu orang-orang Muslim sejak dahulu, agar Rasul (Muhammad) itu menjadi saksi atas dirimu dan agar kamu menjadi saksi atas segenap manusia. Maka laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat dan berpegangteguhlah kepada Allah. Dialah Pelindungmu, Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong”.   (Al-Hajj : 78)

Akhawat, ingatlah daku di dalam doa RABITAHmu….

No comments:

Post a Comment