Sunday 20 November 2011

Sebak

  Sudah lama lembaran ini tidak diisi oleh penaku yang tidak bermata ini. Hiruk-pikuk suasana kesibukan untuk menghadapi peperiksaan membuatkan pena ini terhenti bertulis.. Segala apa yang ingin ku kongsikan dalam lembaran ini tertangguh dan dibiarkan begitu sahaja..

...........................

Setelah zikir mathurat ku alunkan..ku merenung ke jendela... dan ku dongak ke langit... ku perhatikan hujan yang turun membasahi bumi. Awan dan bumi kedua-duanya rela diperbuat begitu kerana taatnya mereka kepada Sang Pecipta.. Ingin kuamati setiap titisan hujan yang turun. Namun pandangan mata yang hanya di taraf hamba, aku tidak mampu untuk mengamati sebegitu. Dalam hatiku terfikir.. " Hebatnya kuasa Allah..
Menurunkan air dari awan yang kita fikir hanya segumpal benda asing di udara. Hebatnya Allah menetapkan berapa banyak titisan hujan yang Dia turunkan. Hebatnya Allah mentaqdirkan sebanyak mana yang akan diserap oleh tumbuh-tumbuhan untuk mereka melakukan proses photosynthesis".

  Sekali gus sekeping hati ini berasa sebak. Ku personifikasikan cuaca pada petang ini dengan perasaan ku.. Cuaca  petang ini seolah-olah turut bersedih dengan pemergian rakan sebilikku, Maisarah petang tadi. Dia telah pun menamatkan A-level di sini.. Ku pandang katilnya yang sudah tidak bercadar. Hampir menitis airmataku. Teringat kembali segala peristiwa manis yang pernah kami lalui bersama..Setelah hampir setahun berkongsi cerita suka dan duka bersamanya, Mai pergi juga. Minggu hadapan, Lily pula akan keluar setelah habis paper physics.. Hanya tinggal aku dan Jay sahaja dalam rumah ni.. Sunyi.. "Nanti mesti kite dah tak dapat pergi surau ramai-ramai lagi...".........

   Diri ini yang terlalu susah untuk menerima kawan baru, namun apabila sekali dia menjadi kawanku... Perpisahan adalah perkara yang sangat sukar untuk aku lalui.. Namun kukuatkan semangat. kubisik pada hati ini.." sabar ye Ayu.. Satu sem je lagi.. Berusaha dan belajar dengan bersungguh-sungguh.. InsyaAllah, kita semua jumpa semula."

   Buat adik-beradik seusrah.. Ila, Filzah, Fatin, Iqa dan Nadia... nanti kite mesti rindu korang semua. Walaupun lepas ni kita dah x berada dalam satu usrah... Namun, tali ukhwah yang dibina insyaAllah akan kekal dalam simpulannya.. Tak akan terlerai..

  Buat teman-teman seperjuangan yang lain.. Ayu nak cakap Ayu sayang korang. Walau sejauh mana pun Allah pisahkan kita nanti, Walau ke negara mana sekalipun kita dihantar....  Semoga kita semua berada dalam perlindunganNYA dan terus tsabat dijalanNYA..

Uhibuki Fillah....