Friday, 22 July 2011

Nukilanku Buat Sahabat Teristimewa

Bila Pena Sedang Berbicara, Ingin Kuluahkan Rasa Hatiku Kepadamu Yang Bergelar Sahabat Terstimewa...
Wahai sahabat…
Tiada apa yang mampu utk aku ucapkan melainkan kalimah syukur kupanjatkan kepada Allah Kerana telah menghadirkan dirimu dalam hidupku... Terima kasih sahabat kerana menyedarkan aku tatkala mataku kabur dengan keseronokan dunia..

Sahabat…
Aku rindukan nasihat-nasihat mu itu.. Kata-kata lisanmu.. Ibarat hembusan angin yang bisa menenangkan gersang resah dihati ini...

Sahabat…
2 tahun kita menyusuri arus perjuangan ini bersama... Di saat hati ini lemah.. Di saat kaki ini
tidak mampu unuk melangkah.. Kau hulurkan tanganmu tanpa dipinta. Tangan kecilmu menggenggamku dengan penuh semangat.. Dan kau menguatkan kembali tali pautan tekad. Membawaku terus berlayar. Walau badai menanti.. Meskipun ombak menghempas.. Kerana kita punyai matlamat. Agar harapan keluarga yang dibawa bersama.. Tidak tenggelam di tengah lautan perjuangan ini.

Wahai sahabat..
Menitis air mataku mengenangkan helain kenangan yang pernah kita lewati... Ukhuwah ikhlas yang terjalin antara kita, membuatkan kita rasa saling menjaga dan memerlukan... Gelak, tawa, nangis dan hiba kita kongsi bersama...

Sahabat..
Sungguh aku akui... 2 tahun dalam pelayaran ini, memang teramat sakit.. Ada antara kita yang hampir putus asa. Ada antara kita yang menangis tanpa mampu untuk berkata. Namun, kita tetap saling memberi semangat. Agar kia terus kuat, kuat dan kuat lagi! Kerana bagi kita, jangan sesekali ada antara kita yang jatuh.

Wahai sahabatku...
Syukur alamdulillah kupanjatkan kepada YA RABB. Lelah dan setiap titisan air mata dahulu telah terbayar. Kita telah pun hampir sampai ke menara gading.. Bagi meneruskan perjuangan yang lebih mencabar. Untuk mendapatkan sinar yang lebih cerah untuk menerangi hidup kita...

Sahabat..
Walaupun kita tidak lagi mengemudi kapal bersama, jangan sesekali engkau lemah! Teruskan usaha wahai sahabatku! Jika ada antara kita yang terhenti di tengah lautan, pandanglah ke langit.. Bayanglah di saat kita saling mengesat air mata.. Tatkala tangan kita saling menggenggam erat.. Dan ingatlah bahawa Allah sentiasa ada bersamamu.. Agar kau tersedar dan lebih kuat untuk terus mengemudi dan menyusuri perjuanganmu itu..

Sahabat..
Bisakah kutemui teman sepertimu? Yang sanggup menghulurkan tangan di saat aku jatuh tersungkur?
Mengelap air mataku di saat aku hiba dan duka?

Ya Allah.Hanya padaMu aku bermohon. Peliharalah ukhuwah antara kami. Peliharalah tiap satu dari kami. Agar iman kami tidak goyah di saat kami memperjuangan ilmu dan dunia Mu. Jadikanlah kami antara hambaMu yang Engkau redhai.agar ukhrawi tidak kami ketepi. Agar kejayaan yang kami hajati kau sulami dengan keberkatan.

Dituju khas buat sahabat-sahabat ku yang teristimewa~
 Nur Aziera bt Suhaimi
Izah bt Othaman

Azlia
Nur Amelia Syahirah bt Jafri

2 comments:

  1. ayu.......
    kte rindu ayu sgt.... :'(
    saatnye kite x bersame dgn korang....mgkin kte tlh jatuh trsungkur..x dpt jg hati ini...
    ayu....doakn yg terbaek buat kite ye ;'(

    ReplyDelete
  2. Kita pun rindu izah jugak... InsyaAllah izah... smg kita smua bjaya hndaknya.. di dunia dan bersama kembali disyurga kelak.. aminn..

    ReplyDelete