Sunday 22 January 2012

LayaKKaH Aku sEoRaNG Da'iE???


Bismillahirrohmanirrohim.... Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW dan para sahabat baginda yang tidak henti-henti berjuang hingga kita dapat merasai nikmat terbesar iaitu nikmat Islam dan Iman hingga ke hari ini..
Alhamdulillah... Kelapangan waktu telah Allah berikan kepada ku.. Untukku isi ruang ini kembali dengan penaku yang tidak bermata ini..

Setelah sekian lama aku mengamati diri,
Terlalu banyak kekuranganku,
Masih banyak karat jahiliyah bersarang dijiwa, 
Masih banyak tompokan bersinggah di hati
Seorang Da'ie kah aku?
Belum! Belum cukup hebat diriku!
Hatiku belum mampu kujernihkan seperti jernihnya hati kekasihMU..

Terkadang aku lemah
Memikirkan layakkah aku ini sebagai seorang Da'ie
Yang ingin mentarbiyah manusia lain yg juga berstatus sebagai hamba Allah di luar sana
Terkadang aku lelah
Lari dari dunia jahiliyah ku yang dahulu
Supaya aku layak digelar seorang Da'ie
Terkadang aku rebah
Tersadung akan perasaan sendiri
Hanyut dengan kebaikan diri
Hingga lupa ada yang melihat dan menilai
Setiap langkah mahupun bisikan hati

Mungkin belum cukup pentarbiyahan buat diriku
Di manakah silapnya Ya Rahim..


Ya, aku bukanlah syabab
Yang gagah bertempur di medan dakwah
Dengan bersenjatakan segunung ilmu
Selaut semangat
Dan segudang pengorbanan
Cuma aku ini syabab yang biasa
Yang punya keinginan untuk mengenaliMU dengan lebih dalam
Yang ingin berkongsi kemanisan Cinta dan Taqwa kepadaMu
Dan bersama merasai KeagunganMu..
Walaupun kuakur
Ianya hanya dengan secebis ilmu,
Sekelumit semangat
Dan segaris pengorbanan..
Namun, bantulah aku dengan kekuasaanMU Ya Allah,
Untukku berusaha menukarkan benih menjadi bunga
Semut menjadi naga
Garam menjadi gula
Untuk membantu dakwah ini
Kerana cintaku padaMU.


Ya Allah..
Bukanlah title seorang Da'ie yang ingin aku pohonkan
Juga bukanlah pandangan baik terhadapku dari manusia yang juga berstatus hamba
aku x mahu apa-apa dari mereka
Walau sekelumit pujian
Kerana aku tahu, ia umpawa pedang
Yang akan menghiris diriku kembali
Namun izinkan aku untuk mengumpulkan titisan peluh ini
Supaya ianya menjadi saksi
Cintanya aku pada dakwah ini
AgamaMu ini
Segalanya untukMu..



Permudahkanlah derapan langkah kakiku ini
Untuk sentiasa bersedia dan terus berjalan diatas jalan ini
Leraikan segala simpulan halangan
Yang mengundang futur merajai jiwa
supaya aku terus mentarbiyah diri dan manusia di bumiMu ini...

Amin...Amin..Amin...
















No comments:

Post a Comment