Saturday, 7 January 2012

Aktiviti Pagi Ahad nie... (^_^)


"Jawariah, jom bawak adik-adik (adik usrah) gi naik bukit nak pagi esok? kite tgk sunrise sama-sama... boleh rapat-rapat dengan diorang... ape kate?" dalam hati kata, " mintak-mintak la J nak pergi...."

"Ammm.... Jom! best jugak idea tu! Kite dua pun dah lama tak naik bukit sama-sama pagi-pagi.. Naik atas nanti, boleh sambil menyelam, minum air! bolehla... buat usrah sekali! hehehe...."

"Ha.... J ni, mmang pandai baca fikiran kite lah! hehehe... ok! Jom cantact adik usrah masing-masing!"
"JOM".

"Nak masak ape ehh? amm... roti ade... buat sandwich telur lah nak? ok jer... pastu kite wat nasi goreng sket nak? yela, naik bukit kan penat! kite makan berat skit lah... hehehe... ", aku bagi cadangan..

"Nak buat air!" J tetibe volunteer.. " Amboi.. Maklumlah air teh dia terkenal sedap kat tangga 6 nie... hehe, terus volunteeer nak wat air.. Eeerrrr.. J wat sandwich skali leh? Nasik goreng, serah je kat kite. Biar kite yang masak!"
"Eeerrr..... okk.. siap!"
"Haaa.... Camtula... sayang J!"
"Yelahh.. time nie la baru nak sayang kan... "
"heheheheheheheheheheeeee........"
Disebabkan plan last minute, so semua preparation pun last minute jugak lah kan... time tu jugak kitorang fikir nak bagi pengisian ape kat adik2 esok pagi... Setiap perkara yang kita buat mestila ada perancangan kan.. dari sekecil2 hinggalh sebesar2 perkara... Apa yang terjadi, kita berserah jer pada Allah.... janji, niat kita tu betul..Hmmm... Dah kul 12 tgh malam......

"Ayu, kite kena tidur awal nie... Janji ngan adik2, kul 7 dah betolak! takot esok masak sambil mata terpejam...(hiperbola x?)"
"A'ah.... cakap pasal masak, ape kate kite sediakan semua bahan masak malam nie jugak? Esok senangla.. Terus masuk dalam kuali je!"
"Betul jugak tu!" J bersetuju 100% dengan cadangan aku...

Tengah malam tu jugak, tumbukkan lesung batu memecah kesunyian yang menyelubungi KTT.. Risau jugak takut tiba2 orang ketuk pintu rumah marah kitorang sebab buat bising. Tapi Alhamdulillah jugak, KTT agak kosong sebab ramai yg balik weekend2 camnie... Kitorang pun teruskan jugak projek tumbuk menumbuk dan potong memotong..

Esoknya, seperti yang dijangkakan.... Kami bertolak lambat daripada yang dirancang.. (^_^)
Memasak dengan penuh kasih sayang untuk adik2 usrah selalunya akan mengambil masa sikit.. (alasan ke nie?)hehehe..

Gambar nie sekadar hiasan.. tapi View dari bukit KTT laaagi cantik.. sesiapa yang nak try, datangla melawat KTT.. (^_^)
Ada beberapa orang adik2 aku dan J yang x dapat sama2 join sebab balik rumah.. Tak pelah.. Kite buat mana yang ada jer..Pemilihan Allah tu kan yang terbaik??? (^_^)
Kitorang pun mendaki lah bukit yang agak tingggi itu..Indahnya pagi nie...kicauan burung dan kedinginan bayu serta birunya lagit sangat membelai-belai perasaan nie.. Dan mengingatkan sang hati ini bahawa aku buat nie, semua keranaMu ya Allah..

Sepanjang perjalanan, aku dan J cuba untuk bergrau-gurau dengan adik2.. Penuh dengan "happy mood".. Tapi semua tu ada hadafnya... iaitu, tuk lebih dekat dengan adik2... Sweet kan? :)
Sampai je kat atas, semua orang lepaskan lelah. Tapi, yang lebih menghilangkan lelah kami apabila lihat bumi Allah sekeliling dari atas bukit. Hijaunya...! Langit terasa dekat! Lepas menghirup udara segar, kami mulakan bulatan bembira kami dengan alunan mathurat... Ya Allah.. Hamba terasa dekat sangat denganMU! (mingkin perasaaan ini juga yang dirasakan oleh setiap org daripada kami..)

Lepas tu aku proceed pulak dengan sharing game.. Game yang diubah dari game kotak beracun.. Ada lah cara2 dia... :)
Aku selitkan juga pebincangan kami dengan tadabbur ayat2 cinta Allah dari surat cintaNya iaitu Al-Quran...
Alhamdulillah, Allah lencarkan segala tuturkata.. Semoga sedikit sebanyak ianya memberi manfaat kepada adik2 usrah kami dan juga diri kami sendiri...

Bila pulang ke KTT, nampak lagi satu halaqah besar di badminton court.. Aku tersenyum.. Rasa seronok, sebab bukan kami jer yang buat 'benda' nie.. Orang lain juga sedang mula menyusun batu bata untuk membina satu "menara ISLAM" yang gah dan dipandang oleh semua manusia suatu hari nanti.. Senang cerita, untuk mengembalikan Ustaziatul Alam... Aminn..

Alhamdulillah... Pagi Ahad  aku terisi dan dimulakan dengan perkara yang bermanfaat. Moga ia terus istiqamah dengan amalan lain juga..
"J.. Jazakillah Khoir, ukhti.. Sayang J fillah!"


menuju cahaya.... (^_^)


Sunday, 20 November 2011

Sebak

  Sudah lama lembaran ini tidak diisi oleh penaku yang tidak bermata ini. Hiruk-pikuk suasana kesibukan untuk menghadapi peperiksaan membuatkan pena ini terhenti bertulis.. Segala apa yang ingin ku kongsikan dalam lembaran ini tertangguh dan dibiarkan begitu sahaja..

...........................

Setelah zikir mathurat ku alunkan..ku merenung ke jendela... dan ku dongak ke langit... ku perhatikan hujan yang turun membasahi bumi. Awan dan bumi kedua-duanya rela diperbuat begitu kerana taatnya mereka kepada Sang Pecipta.. Ingin kuamati setiap titisan hujan yang turun. Namun pandangan mata yang hanya di taraf hamba, aku tidak mampu untuk mengamati sebegitu. Dalam hatiku terfikir.. " Hebatnya kuasa Allah..
Menurunkan air dari awan yang kita fikir hanya segumpal benda asing di udara. Hebatnya Allah menetapkan berapa banyak titisan hujan yang Dia turunkan. Hebatnya Allah mentaqdirkan sebanyak mana yang akan diserap oleh tumbuh-tumbuhan untuk mereka melakukan proses photosynthesis".

  Sekali gus sekeping hati ini berasa sebak. Ku personifikasikan cuaca pada petang ini dengan perasaan ku.. Cuaca  petang ini seolah-olah turut bersedih dengan pemergian rakan sebilikku, Maisarah petang tadi. Dia telah pun menamatkan A-level di sini.. Ku pandang katilnya yang sudah tidak bercadar. Hampir menitis airmataku. Teringat kembali segala peristiwa manis yang pernah kami lalui bersama..Setelah hampir setahun berkongsi cerita suka dan duka bersamanya, Mai pergi juga. Minggu hadapan, Lily pula akan keluar setelah habis paper physics.. Hanya tinggal aku dan Jay sahaja dalam rumah ni.. Sunyi.. "Nanti mesti kite dah tak dapat pergi surau ramai-ramai lagi...".........

   Diri ini yang terlalu susah untuk menerima kawan baru, namun apabila sekali dia menjadi kawanku... Perpisahan adalah perkara yang sangat sukar untuk aku lalui.. Namun kukuatkan semangat. kubisik pada hati ini.." sabar ye Ayu.. Satu sem je lagi.. Berusaha dan belajar dengan bersungguh-sungguh.. InsyaAllah, kita semua jumpa semula."

   Buat adik-beradik seusrah.. Ila, Filzah, Fatin, Iqa dan Nadia... nanti kite mesti rindu korang semua. Walaupun lepas ni kita dah x berada dalam satu usrah... Namun, tali ukhwah yang dibina insyaAllah akan kekal dalam simpulannya.. Tak akan terlerai..

  Buat teman-teman seperjuangan yang lain.. Ayu nak cakap Ayu sayang korang. Walau sejauh mana pun Allah pisahkan kita nanti, Walau ke negara mana sekalipun kita dihantar....  Semoga kita semua berada dalam perlindunganNYA dan terus tsabat dijalanNYA..

Uhibuki Fillah....







Saturday, 17 September 2011

Giving is a Miracle


You have living by what you get...
       You have life by what you give...

erm,,kata2 yang sangat bermakna... dari seseorang yang amat ku kagumi

seseorang sering mengejar ap yang tidak diperolehnya,, sedangkan terlupa apa yang sedang dia ada>>

Hakikat manusia yg berhati wahan...sgt menyedihkan..."cintakan dunia dan begitu takutkan mati"

Ingin aku kongsi peristiwa semasa di sekolah dahulu...

Satu hari,,macam biasela..sume orang bersiap2 nak pergi prep lepas solat Maghrib. Kebetulan hari tu kawan aku terlambatla sikit. Dengan sabarnya aku tunggu kawan aku kt bawah tangga surau tuh..Aku jenis yang x kesah tunggu orang dan x suka ditunggu.. agak penat gak la nak tunggu orang nie..tapi aku x de la cepat melatah..

Biasanya kalu orang tu da terlambat mestilah dia mintak maaf sebab susah2 tunggu dia kan??
Tapi aku x sangka lain yang keluar dari bibir sahabatku itu...
"TERIMA KASIH ya sebab tunggu", ucapnya membuat ku terkedu seketika..
Ingatkan dia nk mintak maaf sebab da lama tunggu dia..
"Sama2", balasku...
Hilang terus rasa sebal menuggu..wa hebatnya perasaan tuh...

Begitu indahnya bila orang menghargai kita...erm..tue orang~
Tapi Allah mestilah senantiasa mendambakan penghargaan dari hamba2Nya kn?
Tapi kita selalu terlupa menghargai setiap pemberian Allah pada kita
sebab tu la sering kali Allah ulang begitu sedikit sekali hambaNya bersyukur

Sifat Allah yang Wahab sering kali membuatku malu
malu pada diri yang kurang sekali memberi
tetapi hidupku penuh dengan sifat meminta2,,
Ada seorang anak murid bertanya kpd gurunya..
"Aku gembira melihat orang itu..hidupnya penuh ceria dan bahagia,, namun susahnya aku ingin bahagia sepertinya. Bagaimana aku bisa miliki kebahagian sepertinya wahai guru?"...
Sang guru menjawab" Bahagiakan kan dirimu dahulu..pasti kamu bisa membahagiakan orang disekelilingmu. Dalam membahagiakan dirimu,,banyakkanlah memberi".."
Apa yang kita punya,, semalam, kini dan selamanya bukan milik kita..
SETUJU?!
erm..harta kita semuanya milik Allah, jiwa kita pun Allah yang punya, tenaga kita pun milik Allah..
Hakikatnya kita x punya apa2...tapi kita masih boleh memberi kan?... Berilah apa yang Allah telah beri kita..
Kalu bukan dengan harta sekalipun,, kita boleh menyumbang dgn tenaga,ilmu dan lain2.. dengan memberi kata2 yang baik juga mampu membahagiakn sang pendengar..

Ada seorang suri rumahtangga ini mengeluh.. dia da buat macam2 pengorbanan utk keluarganya..tapi suaminya tidak pernah menilai dan berterima kasih akn segala penat lelahnya sehinggakan sanggup bernikah dgn wanita lain...cerita ini sering kita dengar..
Tapikan,, berbaloi ke mengharapkan penghargaan manusia yg x punya ap2?
Kalaula kita memberi dgn ikhlas tanpa mngaharap balasan manusia dan padaNya sahaja kita berharap pastilah tiada penyesalan atas segala pemberian yg kita lakukan...

Berilah kpd yg tiada,                                                  Sebarkan bahagia walau dgn snyuman,
berilah tanpa mengharapkan ap2,                               sebarkan peringatan, tuntutan rasul junjungan,
berilah segala yang ada,                                             Sebarkan salam merapatkan hubungan,
bahkan ia x mengurangkan ap2...                               moga ia dinilai sebagai amalan.....

"HIDUPLAH UTK MEMBERI SEBANYAK2NYA
wHaT YoU gIvE u'LL gEt BaCk...believe me!!"
                                                                                                                   hasil coretan sahabat ayu yg cute~

Friday, 16 September 2011

Jalan Pulangku

Tundukku malu didepanMu
kernaku insan berdosa
kuadukan sesalanku
apakah kan Kau terima

kesunyian ini sedarkan diriku yang lena

tinggalkan semalam yang nanah
lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu
terpaut aku tak berpaling

ku bersyukur hanya padaMu tuhan

kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

suburkan cahaya menerangi langkahku

semaikan segala hiasan indah cintaMu

ku bersyukur hanya padaMu tuhan

kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan

bimbang Kau singkirkan taubatku
kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
kelakku zalimi diriku

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa

sehingga masanya kau seru hujung nyawaku(x2)

ku bersyukur hanya padaMu tuhan

kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

Tak jemu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu....

Monday, 12 September 2011

Kuatkan Aku Melangkah di Atas JalanMu....

Ya Allah..
Aku masih di sini
Mencari 'DiriMu'
Kadangkala diri ini lemah
Acapkali hati ini goyah
Adakalanya kaki ini tidak terdaya lagi untuk melangkah..

Ya Rahman..
Tuhan yang membolak-balikkan hati ini..
Teguhkan hati ini
Untukku terus tsabat mendaki lurah
Walau dengan payah
Walau terpaksa meredah
Yang pasti

Lurah ini akhirnya
Menemukan aku denganMu di atas sana..

Ya Allah..
Peliharalah segumpal daging di dalam tubuhku
Agar haruman bunga yang ku tabur di sepanjang perjalananku ini
Terus harum dengan haruman ikhlas
Dan terhindar dari busuknya ria' dan takbur

Ya Rahim..
Temukan aku dengan CintaMu
Permudahkan aku merisik RahmatMu
Bantulah aku melamar KasihMu
Izinkanlah aku menyunting SayangMu
Agar hidup ini terisi
Dengan hembusan nafas RedhaMu
Dengan jantung berdegup menyebut namaMu
Tuhan yang Satu....

Pasrah Segalanya

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
Segala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

Saturday, 27 August 2011

Pengalaman yang Sangat Bermakna

   Alhamdulillah.. Berpeluang juga akhirnya untuk aku memenuhi pinta pena ini..
Pertamanya Syukur kepada Allah dan selawat serta salam buat junjungan besar, penghulu sekalian Nabi Rasulullah saw dan sejahterlah juga buat para sahabat baginda, mujahid mujahidah yang istiqomah berjuangmenyebarkan aga Islam asalnya daripada sekelompok kecil hingga ke seluruh dunia hingga ke hari ini..
   Kali ini, pena tidak bermata ini ingin menceritakan mengenai pengalaman aku pada hari sabtu yang lepas, bersamaan dengan 20 Ramadhan tahun ini. Kak Ain merangkap kakak usrah aku mengajak aku dan adik beradik usrah aku yang lain untuk iktikaf di Masjid Wilayah. Sebelum kami ke masjid tersebut, kami diberitahu oleh Kak Ain bahawa Kak Ain akan membawa kami ke KLIA untuk menghantar 10 orang Hamba ALLAH dari jemaah IKRAM dan Aqsa Syariff bagi menyahut seruan jihad untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke GAZA, PALESTIN, bumi para anbiya.


  Setibanya kami di KLIA, diberitahu bahawa kami tidak punya masa yang lama untuk berjumpa dengan mereka. Kami berjalan dengan sangat pantas dan ada juga yang berlari demi ingin melihat pejuang-pejuang Allah itu. Alhamdulillah, dengan izin Allah kami berkesempatan untuk bertemu dengan mereka. Sejurus setelah itu, bacaan doa dibacakan olehUstaz Hasanuddin. Sayu, sebak hati ini mendengar setiap baris doa yang dipohon.

  Salah seorang akhawat yang menyertai bantuan kemanusiaan yang saya kenal adalah Kak Shima. Kak Shima nampak tabah. Kata-katanya kepada kawan-kawan yang tinggal. "kalau Shima x ada nanti tlg jagakan keluarga Shima ye.."

  Subhanallah, sampai begitu sekali mind set Kak Shima. Mind set nya hanya untuk syahid di jalan Allah..  Semoga kesemua pejuang-pejuang Allah itu kembali dengan selamat ke Malaysia. Dan andai ditakdirkan yang sebaliknya, moga Allah tempatkan mereka bersama hamba-hambaNya yang beriman. Amin..

Palestine will be free!!!